Dalam minggu ini sahaja sudah 3 kali, haji Sulaiman bermimpi bertemu dengan seorang anak kecil yang menangis. Beberapa detik kemudian, si kecil itu ghaib dalam sinaran cahaya yang begitu terang-benderang.
Haji Sulaiman yang merupakan Imam di surau berdekatan flatnya tidak mampu membaca firasat mimpinya itu. Jauh sekali dia hendak bertanya dengan bomoh Asri yang kerap didatangi oleh warga Indonesia untuk berubat dan memohon segala macam pandangan.
Namun, mereka tetap bersahabat.
Kalau hendak ditafsirkan sebagai rezeki, mungkin juga. Sebab anak kedua haji Sulaiman sedang sarat mengandung. Khabarnya mereka bakal beroleh bayi kembar.
Namun, bagi haji Sulaiman, mereka sekeluarga tidak kisah, kerana itu semua rezeki dari Allah.
Malam itu angin bertiup begitu kuat. Sewaktu mengimami solat Isyak, haji Sulaiman membaca surah Al Fiil dengan kuat dan nyaring.
Usai bersolat kedengaran bumbung zink di bahagian tandas terangkat beberapa kali. Masing-masing jemaah berpandangan sesama sendiri.
Tidak sampai beberapa minit, barulah hujan turun dengan begitu lebat disertai angin kencang. Ada jemaah yang ragu-ragu untuk melangkah pulang.
Tuan haji Sulaiman mengambil keputusan untuk terus duduk di dalam surau sambil membaca Al Quran.
Hampir jam 10 malam. Barulah hujan semakin reda. Dan kebanyakan jemaah telah pun pulang ke rumah masing-masing.
Tinggallah haji Sulaiman dan seorang remaja lelaki di dalam surau.
"Azhar, tolong tutup suis lampu, saya tunggu disini." haji Sulaiman mengarahkan remaja itu untuk masuk dan menutup lampu yang masih terbuka.
Sebaik sahaja remaja itu menutup suis dan keluar. Mereka berdua bersama-sama berjalan menuju ke bangunan flat yang sama.
Malang tidak berbau. Tidak tahu dimana silapnya. Tiba-tiba sahaja kaki haji Sulaiman tergelincir, akibat lantai yang licin, dan kakinya terperosok kedalam longkang. Serentak itu juga haji Sulaiman turut terjatuh.
Azhar tidak sempat berbuat apa-apa. Dia hanya mampu menjerit memanggil haji Sulaiman yang pengsan.
Sewaktu dalam keadaan panik itu. Dia berlari ke sebuah kedai runcit. Namun kedai itu telah ditutup. Tiba-tiba Azhar mendengar suara seseorang sedang menjerit ke arahnya.
Rupa-rupanya ibunya yang baru pulang dari kerja, sedang mengunci motornya. Mereka segera bergegas ke longkang tempat haji Sulaiman jatuh.
Waktu itu, tiba beberapa orang lelaki dan mereka juga membantu mengangkat haji Sulaiman. Haji Sulaiman masih belum sedar, dan kelihatan kakinya berdarah.
Keluarga haji Sulaiman dihubungi segera. Dan ibu Azhar sendiri menghubungi pihak Ambulans.
***
Hospital Kuala Lumpur.
Seminggu berlalu. Barulah haji Sulaiman mampu untuk menjamah makanan. Kakinya retak. Kesan bengkak masih belum hilang.
Rupanya, sewaktu berjalan dengan Azhar untuk pulang. Haji Sulaiman telah merasa pening kepala, dan sewaktu hampir ke bahagian longkang, tiba-tiba sahaja penglihatannya gelap.
Syukur alhamudillah, kerana diwaktu itu Azhar ada bersamanya. Jika tidak, besar kemungkinan sesuatu yang buruk akan berlaku jika tidak diselamatkan dari awal.
Haji Sulaiman amat berterima kasih kepada Azhar dan ibunya yang mengambil tindakan pantas menyelamatkannya.
"Azhar, mana emak kamu?"
"Dia ada di tingkat bawah, tengokkan adik." sambil menundukkan kepala.
"Ha, kenapa dengan adik kamu?" soal Hajjah Kamsiah, isteri haji Sulaiman.
Lalu Azhar menerangkan duduk perkara sebenar apa yang berlaku kepada adiknya yang mendapat penyakit bengkak usus.
Kesemua ahli keluarga haji Sulaiman hanya mampu menggelengkan kepala. Bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Azhar.
***
"Puan Sri Muniarti, kami telah mendapat arahan dari pejabat untuk melakukan pembedahan segera ke atas anak puan, boleh puan ke pejabat untuk tandatangan persetujuan?" seorang Ketua Jururawat memaklumkan perkembagan terkini dan memohon Sri Muniarti untuk segera ke pejabat.
Sri Muniarti terpinga-pinga. Namun, dia segera ke pejabat pentadbiran hospital bersama Ketua Jururawat yang bertugas.
"Tapi tuan, kami belum ada cukup wang ..." Sri Muniarti terpinga-pinga.
"Sebenarnya, pihak kami telah mendapat bayaran penuh untuk melakukan pembedahan ini ... tetapi maaf ya. Pihak kami tidak boleh mendedahkan identiti penderma itu." Ketua kerani bahagian pembayaran menjelaskan apa yang berlaku.
Air mata Sri Muniarti bergenang dengan kemuliaan hati penderma itu.
***
Waktu menunjukkan pukul 3 pagi. Pintu bilik pembedahan dibuka. Sri Muniarti terkejut. Keluar seorang Jururawat dan terus berlalu.
Sekali lagi pintu bilik terbuka. Kali ini, keluar seorang Doktor.
Sri Muniarti berdebar. Tapi masih mampu berdiri.
"Puan, harap bersabar ya ... pembedahan berjaya dilakukan, namun kami masih memantu keadaannya yang masih lemah tapi stabil." Doktor lelaki keturunan Sikh itu tersenyum menerangkan keadaan anak Sri Muniarti.
Pintu bilik terbuka sekali lagi. Dan kelihatan Azmi sedang terbaring lemah. Masih belum sedar sepenuhnya.
Air mata Sri Muniarti terus mengalir laju, namun dia tetap bersyukur.
Azmi masih diletakkan didalam pengawasan rapi unit ICU.
***
Tuan haji Sulaiman dan keluarganya datang melawat Azmi yang telah di tempatkan di dalam wad biasa.
Dua buah keluarga yang begitu ceria apabila tuan haji Sulaiman telah boleh berjalan walaupun bertongkat, manakala Azmi sudah boleh duduk dan makan dengan begitu berselera sekali.
Haji Sulaiman dan keluarga amat gembira, kerana selain dari kesihatan haji Sulaiman yang semakin pulih. Anak perempuanya turut selamat bersalin dan melahirkan sepasang bayi kembar.
"Nanti bila balik, kamu kena buat kenduri kesyukuran Sri ..." haji Sulaiman memberikan syor.
"Ya, haji, dan saya setiap waktu akan terus mendoakan insan berhati mulia tu akan terus mendapat kesihatan yang baik, limpahan rezeki dari Allah ... siapalah agaknya orang tu .... " Sri bercakap dalam nada sebak.
***
Dua minggu sebelum itu. Sewaktu pemantuan rutin oleh para Doktor. Haji Sulaiman telah bertanya kepada seorang Doktor pakar.
"Doktor, saya kenal dengan seseorang, dia menghidap sakit usus yang agak teruk, berapakah kos yang perlu dibayar untuk pembedahan?"
Setelah beberapa jam menunggu, akhinya Doktor mengesahkan jumlah sebenar kos pembedahan dan rawatan kepada haji Sulaiman.
"Adakah tuan hendak menampung segala kos?"
Tuan Haji mengangguk.
"Ingat ya Doktor, saya tidak mahu rahsia ini didedahkan!"
Doktor hanya mengangguk tanda faham.
Aku, Dia & Rezeki
Thursday, September 24, 2015
Wednesday, September 16, 2015
Hukuman atas Kejujuran.
Sejurus dia melihat seorang gadis Cina yang berpakaian agak seski. Azmir terus terlanggar cermin sisi sebuah kereta.
Dia terus memecut melarikan dirinya dengan motor kesayangan yang berusia hampir 20 tahun. Tiba-tiba dia berasa serba-salah.
Dia memperlahankan motornya.
Memandang ke belakang, ada sahaja kereta yang membunyi hon ke arahnya yang menunggang tidak ketahuan.
Akhirnya dia nekad. Dia merasa bersalah. Dia terus berhenti di tepi jalan dan melihat semua kenderaaan yang bertali arus di hadapan pasaraya Sogo.
Akhirnya, matanya tertancap pada sebuah kereta BMW baharu. Namun, dia telah nekad untuk menyerah diri.
Sewaktu kenderaan bergerak perlahan. Dia terus berlari ke tengah jalan. Dan mengetuk cermin pintu kereta itu.
Pemandunya memberikan isyarat untuk bergerak ke kiri bahu jalan. Dan terus berhenti.
Keluar seorang lelaki memakai kemeja putih berlengan panjang, dan berkaca mata hitam.
"Ada apa?" soal lelaki itu serius.
"Maaf tuan, maaf, saya yang langgar kereta ini, saya langgar cermin sisi tu ...." Azmir mengakui sepenuhnya kesilapannya.
Tiba-tiba keluar seorang lelaki separuh abad. Rambutnya memutih.
Azmir terus bergegas mendapatkan lelaki tiu.
"Assalamu'alaikum tuan ... er Datuk, saya datang nak ... saya dah terlanggar cermin kereta tuan ... Datuk." Azmir gugup.
Lelaki itu memandangnya dengan serius, dari atas hingga bawah. Sambil mengangguk.
"Kamu tahu tak berapa kos cermin ini?" soal lelaki itu.
"Saya tak tahu tuan, datuk ..." Azmir hampir menangis.
'Jujur budak ni!' bisik hati lelaki itu.
"Kamu kerja apa?"
"Pembantu kedai ... restoran mamak." jawab Azmir jujur.
"Begini, esok kamu datang ke pejabat saya, kita selesaikan disana ... oh ya, motor kamu dimana ? ok tak ?"
"Tu ..." Azmir menunjukkan ke arah motornya yang di parkir di atas bahu jalan.
Lelaki itu mengeluarkan dompetnya dan mengeluarkan sekeping kad bisnes. "Ini kad bisnes saya, jangan lupa datang esok."
Azmir menyambutnya dan terus memasukkan kedalam saku bajunya.
Lelaki itu mengangguk kepala dan terus masuk ke dalam kereta.
***
Malam itu, Azmir tidak boleh tidur, mengenangkan nasibnya esok. Dibukanya dompet. Hanya ada RM25. Dia hanya mampu menggelengkan kepala. Dia terus bersandar di kepala katil. Tiba-tiba dia teringat kepada kad bisnes yang diberikan oleh lelaki itu. Dikeluarkan dari dalam dompetnya.
'Datuk Azmi Mokhtar.
CEO Sinar Maya Engineering.
***
Usai solat sunat Dhuha. Azmir terus singgah di sebuah surau tidak jauh dari rumahnya. Kali ini dia serba salah.
Didalam poketnya hanya ada wang kertas RM20, RM5 dan syiling tidak sampai satu ringgit.
Akhirnya dia nekad. InsyaAllah, Allah akan gantikanyang terbaik untuk aku. Dan dengan hati yang bergetar, dia memasukkan wang kertas sebanyak RM20.
Usai bersedekah. Azmir beredar dan terus menunggang ke pejabat Datuk Azmi.
Telefon berdering. Datuk Azmi mengangkatnya perlahan. "Ya Mira."
"Datuk, ada remaja datang, nak jumpa Datuk."
"Baik, benarkan dia masuk." Datuk Azmi memberikan arahan kepada Mira.
Pintu diketuk perlahan. Kelihatan Mira membuka pintu dan mempersilakan Azmir masuk.
Azmir berjalan perlahan ke arah Datuk Azmi. Bersalam dan mencium tangan Datuk Azmir.
'Beradab sungguh budak ni!' gumam Datuk Azmir.
"Sila duduk." DatukAzmi mempersilakan Azmi untuk duduk di kerusi sofa dalam ruangan tamu.
Mereka berbincang dengan begitu serius. Banyak perkara yang diketahui dari remaja itu. Seorang yang kuat berusaha setelah ayahnya meninggal dunia. Ibunya yang menghidap barah dan adiknya yang akan menghadapi peperiksaan SPM.
Datuk Azmi diam sambil membelek telefonnya.
Azmir pula duduk membatu sambil merenung lantai.
Akhirnya tiba waktu rancangan Datuk Azmir bermula.
"Hara cemin sisi yang kamu langgar tu ... RM300." tegas nada Datuk Azmi.
"Huh ..." Azmir tertunduk diam membisu. Dengan gajinya sebanyak RM600, memang dia tak mampu nak bayar.
"Kamu boleh bayar tak!? soal Datuk Azmi tanpa memandang Azmir.
Lama Azmir terdiam. Akhirnya dia mengangkat kepala, Rupanya Azmir berasa hiba dengan hukuman itu. Mana duit nak bayar denda, mana duit nak hantar pada inunya di kampong.
"Begini, kalau kamu tak boleh bayar, kamu kena kerja dengan saya."
Azmir menantikan hukaman yang bakal diterimanya dengan reda.
"Kamu kerja sebagai Cleaner, cuci tandas. Kerja selama 2 bulan." tegas Datuk Azmi menjatuhkan hukuman mandatori.
'Ish, tak logik langsung orang tua ni bagi hukuman, harga cermin tu baru RM300, kalau kerja sebagai Cleaner sebulan pun dah boleh bayar habis.' gumam Azmir sendirian.
Akhirnya Azmir bersuara. "Baiklah Datuk, saya terima hukuman itu, tapi beri saya tempoh 2 hari. Kerana saya perlu maklumkan kepada majikan saya, tuan Munir, pemilik restoran. Waktu saya susah dulu, dia yang ambil saya dari kampong untuk bekerja dengannya."
"Ok." Datuk Azmi mengangguk.
Azmir mohon untuk beredar. Dia berlutut untuk bersalaman dan mencium tangan Datuk Azmi.
Sebaik Azmir keluar dari pejabat Datuk Azmir. Munir pula masuk.
"Remaja tadi, Datuk?" soal Munir.
"Ya, siapkan surat tawaran sebagai Cleaner."
"Oh ya, panggil En Izman, saya nak cakap dengan dia." arah Datuk Azmir kepada Munir.
"Baik Datuk."
Datuk Azmir telah menerangkan perancangannya untuk Azmi. Dan mendapat persetujuan dari Izman.
***
Di kediaman Datuk Azmi.
Datin Saerah hanya memandang cermin sisi yang baharu diganti. "Budak tu dah bayar duit cermin tu bang?"
"Dah." Datuk Azmi menjawab dengan berbohong. Malas melayan leteran isterinya.
"Dah dapat cari pengganti Izwan?" soal isterinya lagi.
"Dah." Datuk Azmi menjawab dengan senyuman terukir di bibir.
***
Tahun 1995.
DI satu persimpangan.. Lim terpaksa membrek keretanya dengan mengejut apabila dua ekor anjing yang sedang berkejaran, tiba-tiba melintas dihadapannya.
Serentak itu juga, cermin sisi keretanya dilanggar oleh seorang penunggang penunggang motor.
Namun, penunggang itu terus memecut, melarikan diri. Hnedak dikejar, tak mungkin. Itu kawasan kampong.
Lim pasrah.
Tiba-tiba datang seorang penunggang menghampirnya. Penunggang itu turun dari motornya dan terus mengaku dia yang telah melanggar kereta Lim sebentar tadi.
"Saya hairan, tadi awak lari, tapi sekarang awak datang dan mengaku silap ..." Lim kebingungan dengan sikap penunggang itu.
Sambil Lim membelek cermin sisi keretanya yang pecah itu. Penunggang itu terus bertanya. "Taukeh, berapa harga cermin itu?"
"Bagaimana awak tahu saya taukeh?" Lim bertanya kehairanan.
"Itu, belakang kereta taukeh ada mesin ..." penunggang itu menjawab sambil menunjukkan jarinya ke arah tempat duduk belakang kereta Lim.
"Awak kerja apa?" soal Lim lagi.
"Saya tolong famili usahakan ladang kelapa sawit."
"Nama awak?" Lim bertanya lagi kepada penunggang motor itu.
"Azmi." jawab penunggang motor itu ringkas.
***
Datuk Azmi mengimbau peristiwa yang berlaku 20 tahun yang lalu. Kini, dia telah membuat keputusan. Dia akan mengambil Azmir sebagai Pegawai Pemasaran yang baharu di syarikatnya, apabila Azmir selesai menjalani hukuman bekerja sebagai Cleaner.

Tuesday, September 15, 2015
Hajat Pemilik Kasut Cinderella.
Tuah keringkan hati, walaupun tahu yang anaknya melihat orang ramai
sedang menikmati air krim di sebuah kedai menjual ais krim ternama.
Dia terus melakukan kerjanya membaiki kasut. Dia membuka kedai mudah alih. Kerana itu sahaja modal yang dia ada untuk berniaga kecil-kecilan, bagi menyara keluarga.
Hamidun, itulah satu-satunya permata yang dia ada, setelah hampir 5 tahun berkongsi kehidupan dengan isterinya Anisah.
Seorang wanita Cina datang dan cuba bertanya samada dia boleh membaiki kasutnya yang kelihatan agak teruk juga keadaannya.
Setelah membincangkan bagaimana kasut itu akan dibaiki. Dan menyebut harga dan upah. Tiba-tiba wanita Cina itu hampir menjerit apabila dimaklumkan harga yang dikenakannya.
"What, RM10 only!?
Tuah hanya mengangguk.
Wanita Cina itu hampir tidak percaya dengan sebut harga itu. "Saya sudah pergi banyak kedai, you kenakan charge RM10, banyak murah!"
Tuah hanya mampu tersenyum. Baginya memang itu harga yang sepatutnya.
"Ok, bila boleh siap?" wanita Cina itu memohon kepastian.
"Ah soo, sorry, hari ini memang banyak kasut saya mahu repair, you datang ambil esok, boleh?" Tuah memberikan alasan yang munasabah.
"Ok, ok, ok, esok petang, serupa ini jam, saya datang." wanita Cina memberikan persetujuan.
Datang seorang lelaki Cina bersama seorang anak kecil yang sedang menikmati ais krim. Rupa-rupanya mereka ialah suami isteri dan sedang membawa cucu mereka berjalan-jalan.
Wanita Cina itu terus bergegas ke kedai menjual ais krim. Tidak lama kemudian, dia keluar membawa sebekas ais krim dalam kotak.
Lantas diserahkan kepada Hamidun. "Eh, ah soo?" Tuah tergamam.
"Takpa lah, ini budak kecik suka ais krim maaa."
"Terima kasih auntie." Hamidun yang berusia 5 tahun mengucapkan terima kasih kepada wanita Cina itu, tanpa disuruh oleh Tuah.
"Manyak pandai punya budak ..." sambil wanita Cina itu mengusap kepala Hamidun.
Mereka beredar dari situ dengan berjalan kaki.
Sedang leka menjahit kasut. Tiba-tiba anaknya menyuakan ais krim untuk dinikmati oleh Tuah. Disuapnya ais krim kedalam mulut Tuah.
Beberapa pelanggan yang sedang menunggu disitu terus tersenyum dengan keletah Hamidun.
Malam itu. Tuah membelek kasut wanita Cina itu. Memang buruk. Dengan penuh minat, Tuah terus menjahit tempat tertentu dan ada yang disapu gam.
Usai membaik pulih kasut itu. Dirasakannya kasut itu sebenrnya boleh dicantikkan lagi.
Digilapnya kasut itu dengan perasaan sayang. Akhirnya, sepasang kasut yang tadinya begitu buruk, kini kelihatan begitu cantik.
Hamidun tersenyum puas. Anisah memandang kasut itu dengan perasaan gembira.
Kasut itu diletakkan di atas rak.
Pagi itu, sebelum pergi ke tempat kerjanya. Dia meluangkan masa ke surau berhampiran rumahnya. Surau itu menganjurkan program bubur asyura yang dimasak beramai-ramai oleh penduduk flat berdekatan.
Pagi yang cerah, sedikit demi sedikit langit bertukar mendung.
Beberapa khemah yang didirikan juga seperti hendak hendak diterbangkan oleh angin ribu.
Nasib baik surau itu mempunyai bumbung beranda yang luas. Kerja memasak di ubah ke bahagian dalam.
Angin bertiup kencang, ribut memukul dan menerbangkan hampir semua benda yang ringan.
Hujan turun dengan selebat-lebatnya. Khemah sudah tidak mampu bertahan.
Tiba-tiba Tuah melihat sebuah teksi berhenti di luar kawasan flat. Tidak boleh masuk kerana kenderaan telah memenuhi hampir di setiap ruang parkir flat sehingga ke halaman surau.
Keluar seorang wanita yang sedang mendukung anaknya. Berlari menuju ke bangunan flat berhampiran. Entah bagaimana, tiba-tiba wanita itu tergelincir akibat jalan yang basah dan serentak itu di pukul angin yang kuat.
Wanita itu jatuh tergolek, dan anak yang didukungya terlepas. Serentak itu Tuah terus berlari menuju dua beranak malang itu.
Tuah terpaksa meredah angin kencang dan hujan lebat sebelum dapat mengangkat anak kecil yang sedang menangis.
Dan dia terus mendapatkan wanita yang sedang terbaring didalam hujan lebat itu. Diangkatnya wanita itu. Tiba-tiba beberapa orang pemuda juga turut sama mengangkat wanita yang penagsan itu.
"Dah, abang bawa budak tu kedalam surau, biar kami angkat perempuan ini." arah seroang pemuda.
Sebaik kedua-dua beranak itu diletakkan di beranda surau. Kaum wanita terus menyambut si anak dan ibu itu. Mereka memberikan bantuan kecemasan.
Usai membantu apa yang patut. Tuan Imam mengarahkan Tuah untuk pulang sahaja memandangkan pakaian yang sudah basah lencun.
Hujan turun sehingga hampir Maghrib. Dan hari itu, Tuah tidak bekerja, ini bermakna tiada wang masuk. Namun Tuah reda.
Keesokan harinya. Jam 10 pagi. Tuah telah menapak ke lokasi biasa tempat dia mencari nafkah.
Sebaik sahaja dia membuka kotak yang berisi alatan untuk membaiki kasut. Beberapa orang pelanggan lelaki telah mula bertanyakan tentang kasut mereka.
Selepas menyerahkan bungkusan demi bungkusan yang berisi kasut yang telah dibaiki. Datang seorang lelaki bertanyakan tentang kasut isterinya.
Setelah mengamati wajah lelaki itu, barulah Tuan dapat mengesan lelaki itu ialah suami kepada wanita Cina yang menyerahkan kasutnya untuk dibaiki 2 hari sebelumnya.
"Maaf ya tuan, semalam tak dapat datang, hujan lebat satu hari."
"It's ok, berpa ya?" tanya lelaki Cina itu.
"RM10 sahaja." Tuan memberitahu harga yang telah dijanjikan tempohari.
Setelah membayar wang. Lelaki itu terus beredar. Tidak sampai beberapa langkah. Lelaki Cina itu kelihatan membuka beg plastik yang dipegangnya. Dia berhenti seketika. Tidak lama kemudian dia berpatah balik menemui Tuah.
"Encik, betulkah ini kasut isteri saya?" lelaki Cina itu mohon kepastian.
"Betul bos, itu sahaja kasut wanita yang saya baiki beberapa hari ini." Tuan mengesahkan sakli lagi.
Dan lelaki Cina hanya menganggukkan kepala dan terus beredar.
Tuah meneruskan kerjanya seperti biasa.
Petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Kelam kabut Tuah mengemas semua peralatan yang ada, dan terus berlindung di hadapan sebuah restoran Cina.
Sedang dia leka memerhatikan keadaan luar yang sedang lebat. Tiba-tiba bahunya ditepuk. Seorang lelaki Cina mengajaknya duduk di dalam kedai.
Terus dia teringat kepada lelaki Cina yang datang mengambil kasut isterinya itu. Dan bila dia berkalih, terus dia terpandang wanita Cina itu juga turut berada di sebuah meja sedang menikmati minum petang.
"You mahu minum apa?" soal lelaki Cina yang memperkenalkan dirinya sebagai William dan isterinya Nancy.
"Er, tak apa Bos ..." Tuah menjawab gugup. Bimbang untuk minum di sebuah restoran Cina.
"Hello kawan, you jangan takut, ini restoran Cina Muslim, ini kopitiam sudah lama menyediakan makanan dan minuman yang halal." William menjawab sambil ketawa.
"Oh, oh ya ka?" tiba-tiba Tuah turut tertawa dengan sikap ragunya itu.
Sebaik air yang dipesannya tiba. Tuah terus menghirup dengan penuh asyik.
Sebaik sahaja semuanya dalam keadaan tenang. Barulah William membuka mulut. Dia dan beberapa orang sahabatnya telah mendapat sebuah kedai di tengah kota raya. Menjual barangan kulit dari luar negara. Dan dalam usaha mencari beberapa orang tenaga kerja mahir.
William berminat untuk mengambil Tuah menjadi pekerjanya yang akan ditugaskan sebagai Pengurus Operasi.
Melopong Tuah mendengar tawaran itu.
"Tapi Bos, saya cuma ada sijil SPM sahaja, itupuk gred 3." Tuah membuat pengakuan jujur.
"Saya bukan mahu tengok you punya sijil, saya mahu tengok you punya passion dalam kerja, itu saja!" William bercakap dalam nada serius.
Tiba-tiba isterinya menyampuk. "Hello, you tengok ini kasut ..." sambil wanita itu menunjukkan kasut yang sedang dipakainya.
Tuah tahu, sebab dia yang membaik pulih kasut itu.
"You kenakan charge banyak murah, lepas itu, saya sendiri tak sangka ini kasut boleh jadi serupa itu Cinderella punya kasut ..."
"Itu pasal, saya suruh suami saya ambil you bekerja dengan company." akhirnya wanita itu mendedahkan kisah sebenar.
Tuah mendiamkan diri. Memandang William dan isterinya, bergilir-gilir.
Malam itu, Tuah dan Anisah tidak dapat melelapkan mata. Memikirkan tawaran dari Encik William.
Mereka perlu merancang banyak perkara. Dan akhirnya, hampir jam 1 pagi, barulah kedua-duanya dapat meleapkan mata dengan mimpi indah.
Keesokan harinya. Sebaik melangkahkan kaki buat pertama kalinya ke kedai William dan rakan-rakannya. Tuan William terus menyambutnya dengan perasaan gembira.
Terus sahaja Tuah dibawa masuk kedalam pejabat. Akhir perbincangan mengenai skop dan tugasan Tuah. Setelah dipersetujui dan dihafami oleh Tuah.
Tuah terus menerima jawatan yang di tawarkan.
Sewaktu Tuah hendak keluar dari bilik, tiba-tiba Tuan William memanggilnya.
"Hei Tuah, you punya nama serupa pahlawan Melayu ... bagus. Tapi you langsung tak tanya sama saya berapa you punya gaji?" Tuan William tersengih.
"Berapa ya?" barulah Tuah teragak untuk bertanya.
"You baca itu surat tawaran."
Surat dibuka, dan kali ini barulah Tuah membacanya dengan teliti.
Matanya terbuntang luas. Mulutnya melopong.
Hampir tidak percaya ! Tetapi itulah rezeki.

Friday, September 11, 2015
Tekad Penjudi
Hampir sebahagian dari wang gaji yang di terimanya di gunakan untuk membeli nombor ekor. Ada ketikanya kena, tapi selalunya 'mis 1 mata!'
Sering berbalah dengan isterinya. Harun tidak mahu berlama-lama. Dia akan tunggang motor ke warung sahabatnya untuk menenangkan fikiran sambil bermain dam aji.
Sehinggalah satu hari. Harun benar-benar kehabisan wang. Dia hendak pergi kerja, tetapi motornya hampir kehabisan minyak.
Isterinya pulang ke kampong. Habis segala ceruk dan sudut di rumahnya di selongkar. Namun gagal untuk menemui walau 10 sen.
Beras habis langsung. Gula tinggal beberapa sudu. Teh dan kopi tinggal serbuk halus tak sampai satu sudu.
Harun benar-benar buntu.
Dia teringat dengan Haji Kader, yang membuka kedai runcit tidak jauh dari rumah setinggannya.
Dia akan berusaha untuk meminjam sedikit wang.
Sebaik tiba di kedai. Pekerja kedai memaklumkan yang haji Kader berada di belakang, menguruskan stor.
Harun terus bergegas ke belakang untuk bertemu haji Kader.
Malang sungguh nasibnya. Haji Kader tidak bersedia meminjamkannya wang, kerana hutang lama dan sudah bertahun tidak berbayar.
Bukan sedikit, tapi sudah mencecah RM1,000.
Apatah lagi, haji Kader sudah maklum dengan perangai Harun yang 'taik judi.'
Harun pulang ke rumahnya dengan perasaan hampa. Nak makan, beras sudah habis. Nak ke tempat kerja, minyak motor hampir habis.
Perutnya memulas-mulas akibat kelaparan. Kepalanya sakit. Tiba-tiba Harun terasa sayu dan menitiskan air mata.
'Kalau aku simpan duit, tak lah aku jadi begini ...' bisik hatinya sendirian. Sesalan mula melanda.
Harun melangkah keluar dari rumah. Berjalan lesu tanpa tujuan. Hinggalah kedengaran azan Zohor dari masjid berdekatan.
Sudah lama Harun tidak bersolat. Bukan sahaja solat berjemaah, malahn dia langsung tidak bersolat.
Dia kuatkan semangat. Menuju ke masjid. Berwuduk dan bersolat bersama jemaah lainnya.
Dia hampir tumbang sewaktu rakaat ke tiga, akibat kelaparan dan pening yang teramat sangat.
Hendak minta sedekah. Terasa malu yang teramat sangat.
Di luar, keadaan semakin gelap. Menandakan hujan akan turun. Harun bergegas untuk pulang sahaja.
Sewaktu melalui deretan kedai makan. Tiba-tiba kedengaran sebuah lori memecut dalam ruang lorong yang sempit.
Dan, sekelip mata, lori itu melanggar tiang sebuah warung makan. Harun yang berada begitu hampir dengan warung itu ternampak seorang anak perempuan kecil sedang makan bersama ibu dan ayahnya.
Bumbung hadapan runtuh !
Harun menyambar kanak-kanak itu, dan merebahkan diri menyelamatkan keluarga malang itu.
Semua orang kaget dengan tragedi itu.
Sekelip mata, orang ramai datang untuk membantu.
Mereka mengangkat bumbung itu, dan mengangkat mangsa, seorang demi seorang.
Anak kecil itu masih berada dalam pelukan Harun.
Dia menangis dan meraung kerana terkejut.
Ibu dan ayahnya bersyukur kerana mereka selamat. Dan diselamatkan oleh tindakan pantas Harun yang sanggup mengorbankan dirinya.
Hanya kaki Harun yang cedera, kerana dihempap oleh bumbung zink yang tebal.
Nasibnya baik, kerana walaupun sakit, tetapi dia boleh berjalan. Menandakan kakinya tidak patah.
Setelah peralatan di warung itu dikemas. Mereka menyambung semula menjamu selera.
Kali ini Harun juga diajak bersama menikmati makan tengahari.
"Siapa nama saudara ? dan saudara kerja dimana ?" Basri memulakan bual bicara bersama sahabat barunya.
"Nama saya Harun, sebenarnya saya sedang mencari kerja, selama ini saya bekerja sebagai pembantu, bawa lori." Harun mendedahkan kisah hidupnya.
Basri memandang wajah isterinya sambil terenyum dan mengangguk-angguk.
"Begini, mahu tak saudara bekerja dengan saya? tapi di Bukit Raja, bahagian stor, ada elaun makan, elaun shif, malah, tempat tinggal pekerja pun disediakan."
Sambil mengunyah daging kambing. Harun terus menyatakan persetujuan.
Usai menjamu selera. Sebelum berpisah. Basri sempat menghulurkan sedikit wang buat rawatan kaki Harun yang tercedera.
"Eh, tuan, banyak ni!" Harun tergamam dengan jumlah yang diterimanya.
"Tak pe, ambil je, kita ni kalau bersedekah, Allah jauhkan dari bala ... tengok tadi, kalau saudara tak ada disini ... saya tak tahu nak cerita macam mana." Basri sempat memberikan peringatan dan nasihat kepada Harun.
Sewaktu berpisah. Harun berpatah balik ke masjid. Dia terus memasukkan wang sebanyak RM10.
Usai bersedekah, Harun menuju ke klinik yang berada tidak jauh dari situ bagi mendapatkan rawatan.
Malam itu hujan turun dengan lebatnya. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Bila dilihat, rupanya isterinya yang membuat panggilan.
"Bang, tolong tunggu di tepi jalan, saya balik dengan Anisah, kami naik teksi, hujan lebat ni,!"
"Ok" Harun menjawab ringkas. Dia bergegas mencari payung dan terus meluru keluar untuk menyambut kepulangan isteri dan anaknya.
***
Sebelum tidur. Harun sempat bertanya kepada isterinya kenapa pulang awal. Sedangkan isterinya telah memaklumkan akan berada di kampong sepanjang cuti sekolah.
"Ada kawan saya, dia order karipap, kuih puteri berendam dan bee hoon goreng untuk 300 orang."
Harun terlopong mendengar penjelasan isterinya.
Sambil memandang jam dinding. Air mata Harun bergenang mengenangkan rezeki yang Allah limpahkan.
'Aku bersumpah tidak akan berjudi lagi!!!'

Mengejar perompak. Mengejar Cinta.
Bukan mudah untuk mengangkat tong gas yang berisi ke rumah pelanggan, yang terletak di tingkat 5, sebuah flat.
Kemudahan lif yang ada sering menimbulkan masalah. Setiap kali diservis, hanya mampu bertahan selama sehari dua saja. Kemudian akan rosak untuk beberapa hari, malahan ada ketikanya mencecah hingga seminggu lebih.
Penduduk sudah merasa kecewa dengan keadaan yang berlaku. Ada ketikanya mereka berbincang dengan harmoni, dan ada ketikanya suasana mesyuarat akanmenjadi tegang.
Tugas tetap dijalankan. Hezri merasakan seperti hampir hilang tenaga untuk melepasi setiap tingkat. Namun, itu sahaja cara yang ada. Bekerja sebagai pembantu di kedai ayahnya.
Bagi Hezri, yang penting ialah mencari rezeki yang halal, selain membantu perniagaan ayahnya. Sudah diketahui oleh masyarakat disekitar flat itu bahawa ayahnya Encik Taufek merupakan seorang yang amat pemurah dan suka bersedekah.
Walaupun begitu, Encik Taufek juga amat tegas dalam membimbing keluarga supaya sentiasa patuh kepada suruhan tuhan.
Dia amat mementingkan solat berjemaah. Pernah dimasukkan ke dalam wad akibat sakit pinggang, tetapi di tetap mencari surau dalam hospital.
Sebaik sahaja tiba dihadapan rumah pelanggannya. Pintu diketuk berkali-kali. Akhirnya muncul seorang wanita. Terbongkok-bongok. Kelihatan sungguh uzur.
Seperti kebiasannya. Tong gas hanya akan diletkkan diluar rumah sahaja.
Tetapi entah kenapa. Timbul simpati dihati Hezri. "Makcik, nak saya pasangkan tong gas ini?"
"Allahu Akbar, kalau anak boleh tolong, mak cik bersyukur sangat ...." luah Mak Cik Hajar penuh kelegaan.
Tugas yang tidak sampai beberapa minit itu dilakukan dengan mudah oleh Hezri.
Dan, dia mengambil tong kosong untuk dibawa balik ke kedainya.
Mak Cik Hajar menyerahkan sedikit wang buat belanja Hezri namun ditolakknya dengan lembut. "Tak pe makcik, saya ikhlas membantu."
"Alah, ambillah nak, makcik pun ikhlas nak bagi pada kamu, bukan senang kamu nak angkat tong tu ..." mak cik Hajar terus memegang tanganHezri dan menyerahkan duit upah.
"Terima kasih ya makcik." Hezri terus beredar dengan mengangkat tong gas.
Sebaik tiba di muka pintu, kedengaran seseorang memberi salam.
"Assalamu'alaikum."
"Alaikumsalam ..." serentak Hezri dan Mak Cik Hajar menjawab salam.
Muncul Lara.
Terpaku Hezri memandang gadis itu. Sungguh ayu. Dengan berbaju kurung, begitu terserlah kecantikan Lara.
Hezri memandang Lara masuk ke dalam dan melihat Lara terus berslaman dan mencium dahi Mak Cik Hajar. "Ini Lara, anak sulung makcik."
Hezri hanya mampu mengangguk dan tersenyum.
Dia terus beredar. Tetapi kali ini seperti ada satu kuasa yang sungguh mengkagumkan.
Dia turun dari satu tingkat ke satu tingkat dengan tidak menyedari langsung rasa keletihan.
Hanya gambaran wajah Lara yang bermain di matanya.
Sejenak dia terfikir. Selama ini, dia langsung tidak pernah bersua dengan Lara. Cuma sekali sahaja dia bertembung dengan Mak Cik Hajar yang berjalan dengan suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori.
'Macam mana aku boleh tak pernah jumpa dengan budak perempuan itu, selama ini? pelik sungguh!' gumam Hezri sendirian sambil tersenyum.
Perniagaan mereka dibuka setiap hari. Tidak ada cuti. Hanya bahagian kaunter sahaja yang berganti. Jika Encik Taufek tidak bekerja, maka tugasannya akan diambil alih oleh isterinya atau adiknya.
Hari itu adalah hari Ahad. Encik Taufek bertanya samada Hezri boleh ke Shah Alam untuk mengambil bekalan kurma dari sebuah kedai.
Hezri hanya mengangguk tanda bersetuju.
"Pergi dengan motor je, ambil dua karton, abah dah order awal." pesan Encik Taufek lagi.
Tengahari itu, usai makan tengahari. Hezri terus menunggang, menghala ke Shah Alam.
Cuaca yang cerah menggembirakan Hezri. Tidak sampai setengah jam. Dia sampai ke kedai yang ditujuinya.
Pelanggan agak ramai, memandangkan hari Ahad, dan menghampiri bulan Ramadan. Maka, para peniaga runcit mengambil kesempatan utntuk membeli secara borong kurma dan segala makanan dan minuman yang diimport dari Timur Tengah.
Sedang asyik memerhati ragam orang ramai dalam gudang itu.
Sekilas, Hezri terpandang 2 orang lelaki menunggang motor bergerak menuju gudang itu. Mereka memakai topi keledar yang bertutup sepenuhnya.
Tiba-tiba terdengar suara seorang wanita sedang menjerit.
Masing-masing dalam kedai terkejut tidak mengetahui puncanya.
Hezri terus menghidupkan motornya dan terus memecut, mengejar perompak itu.
Tidak jauh mengejar. Hezri nekad untuk melakukan satu tindakan paling bahaya. Dia terus menghimpit motor itu dan menendang perompak itu sekuat tenaga.
Kedua-dua motor terus bergesel dan jatuh. Dan Hezri sempat merampas beg yang dicuri dari perompak itu.
Melihat orang ramai yang melihat aksi mereka. Perompak itu tidak menunggu lagi, terus berlari ke arah motor dan memecut meninggalkan Hezri yang sedang terduduk kesakitan akibat terjatuh dari motor.
"Kenapa saudara?" soal orang ramai yang mengerumuninya.
"Perompak curi ni..." jawab Hezri sambil menunjukkan beg tangan wanita yang berjaya dirampas kembali.
Malangnya, seorang pun tidak dapat mengecam nombor plat motor itu.
***
Di kedai. Hezri datang semula ke kedai itu untuk menyerahkan beg duit wanita itu semula. Pelanggan yang ada di kedai itu merasa bersyukur kerana Hezri selamat dan beg itu berjaya dipulangkan semula.
Hezri hanya cedera ringan. Suami isteri itu menyerahkan sedikit wang sebagai rawatan dan membaiki cermin sisi yang rosak.
Namun, Hezri keberatan menerimanya. Dia ikhlas membantu. Tetapi suami kepada wanita itu terus memasukan sejumlah wang ke dalam poket Hezri. Hezri tidak dapat menolak pemberian itu.
***
Setahun sudah berlalu. Hubungan cinta antara Hezri dan Lara mendapat restu orang tua mereka. Setelah segala persiapan diatur dengan baik.
Berlangsunglah hari berbahagia itu. Majlis di adakan di bawah flat.
Sewaktu tetamu hadir dan mengucapkan tahniah. Tiba-tiba sepasang suami isteri tergamam melihat Hezri.
"Eh, kamu yang bantu saya waktu kena rompak dulu kan?" tanya Nuriah dengan rasa amat teruja.
"Ya kak ...eh?" Hezri pula yang terpinga-pinga.
Mengucap panjang Nuriah dan suaminya. Rupa-rupanya suami Nuriah ialah abang sulung kepada Pak Cik Jamal. Perkara itu diterangkan oleh Lara.
"Bang, lepas ni tak boleh panggil kak, kena panggil Mak Long..." Lara mengusik suaminya.
Kesemua mereka tertawa bahagia.

Thursday, September 10, 2015
Selawat adalah KRISTAL Penyembuh yang Tidak Ternilai.
Saya masih ingat beberapa tahun lalu. Waktu itu baru beberapa hari menyambut hari lebaran di kampong saya di Taiping.
Sewaktu hendak pulang pada malam itu. Perut saya meragam. Memulas tak tentu arah dibuatnya.
Kami akan menaiki keretapi malam dari Taiping ke Kuala Lumpur.
Ibu saya membekalkan ubat sakit perut. Panadol dan minyak angin, untuk digunakan sekiranya perlu.
Sewaktu berada di dalam keretapi. Alhamdulillah, hasil dari bantuan sahabat saya yang juga staff yang bertugas dalam keretapi.
Kami sekeluarga mendapat pertukaran tempat. Dari tempat duduk ke tempat tidur.
Dalam perjalanan, sewaktu keretapi menghampiri Stesen Padang Rengas. Saya menggelupur kesakitan yang teramat sangat. Perut memulas sakit tak terkira. Angin langsung tidak mahu keluar. Saya cirit-birit.
Saya sudah keletihan akibat berulang-alik ke tandas.
Di tepi pintu. Seorang lelaki berpakaian serba hitam sedang merokok.
Saya terfikir. Tubuhnya sudah tentu sihat dan kuat, kerana baju hitamnya seperti pakaian seorang pesilat, amat nipis. Sedangkan suhu pendingin hawa agak kuat.
Sewaktu dalam tandas, saya sendiri terasa menggigil kesejukan.
Tiba-tiba, sewaktu saya sedang melintas kawasan pintu keluar itu. Gerabak bergoncang agak kuat. Saya yang dalam keletihan itu terus tertolak ke arah lelaki itu.
Saya memeluk tubuhnya, dan kami hampir jatuh.
"Maaf ya encik." saya memohin maaf darinya.
"Kamu sakit?" soalnya pendek.
Saya hanya mengangguk. Dan wajah saya juga berkerut menahan sakit. Sambil memegang bahagian perut.
Lelaki itu terus memapah saya masuk kedalam koc.
Dia menyuruh saya berbaring. Dan sebentar kemudian, dia berpatah balik ke katil saya dengan sebotol air mineral yang baharu.
"Baca Bismillah 3 kali, Selawat 3 kali, dan kamu teguk sekali. Kemudian ulang balik, Bismillah 3 kali, Selawat 3 kali dan teguk sekali." saran lelaki itu.
Saya lakukan seperti yang diarahkan.
Kemudian, lelaki itu menyuruh saya bercakap dan halakan mulut saya kedalam botol air mineral itu.
"Ya Allah, aku adalah hak milik Engkau, air ini adalah hamba MU, mohon kasih MU, jadikalah air ini sebagai alat menyembuhkan sakit ku ini, dan ENGKAU Maha Penyayang."
Saya lakukan. Dan selepas itu saya minum beberapa teguk.
Lelaki itu menepuk bahu saya beberapa kali.
"Kamu baring, dan pegang tempat yang sakit, tekapkan tangan saudara dan berzikirlah - Ya Salam."
Saya berbaring. Dan melakukan apa yang disarankan.Rasanya tidak sampai 5 minit. Saya terus terlelap.
Dan saya mendengar anak saya memanggil.
"Abah, Ummi suruh solat Subuh."
Ya Allah. Saya telah tertidur beberapa jam dengan begitu enak sekali tanpa sebarang rasa sakit. Tubuh saya terasa segar.
Usai solat Subuh sambil duduk. Saya bangun dan pergi ke arah katil lelaki yang saya temui malam tadi.
Katilnya telah kosong.
Mungkin dia telah turun di mana-mana stesen sebelum ini.
Saya termenung sebentar di hadapan katilnya. Keadaan katilnya seperti langsung tidak digunakan. Cadarnya tegang dan kemas.
Semenjak hari itu. Saya sering menasihatkan kepada sesiapa sahaja tentang satu perkara.
JANGAN BERCAKAP SESUATU YANG NEGATIF DI HADAPAN MAKANAN ATAU MINUMAN.
Ianya mungkin memberikan hasil yang tidak baik kepada kesihatan diri.
"Jangan mengumpat, mencaci maki, dan kompelin makanan di hadapan rezeki."
Sesungguhnya KRISTAL ittu amat mahal, dan akan muncul dari tuturan ayat yang baik"
Wednesday, September 9, 2015
Keajaiban suatu tragedi
Penghuni Flat Melati.
"Esok abang jadi ke nak ke laut?" tanya Rosnah kepada suaminya Latif.
"InsyaAllah." ringkas sahaja jawapan Latif.
Segala alat kelengkapan memancing telah siap di atur di satu sudut rumah mereka. Hanya menunggu masa untuk dibawa turun.
Subuh itu disambut dengan hujan dan ribut yang menerbangkan bumbung warung yang dibina di dalam kawasan flat.
Usai solat Subuh. Rosnah hanya memandang jam didinding. Merayu belas ehsan tuhan untuk memberikan yang terbaik untuknya sekeluarga. Bimbang sekiranya sesuatu yang buruk terjadi.
Pintu bilik terkuak perlahan. Muncul suaminya yang telah siap untuk keluar memancing bersama beberapa orang sahabat.
"Abang nak keluar dah?" soal Rosmah perlahan. Masih ada nada kebimbangan.
"A'ah." ringkas Latif menjawab tanpa memandangnya.
Tiba-tiba pintu rumah yang dibuka berdentum dengan kuat, tertutup rapat hasil tolakan angin yang begitu kuat.
Latif memandang Rosmah sekilas.
Dia tekad untuk keluar. "Imah jangan bimbang, selalunya hujan kalau lebat, sekejap saja." Latif cuba menenangkan isterinya yang kelihatan gusar.
Sebaik semua barangan telah diangkat keluar. Rosmah mencium tangan suaminya.
Di bawah. Dua orang sahabatnya telah menunggu didalam kereta.
***
Penghuni Kondo Sri Hartamas.
Kapten Haris telah bersiap untuk belayar. Namun kali ini tidak jauh. Hanya ke Vietnam sahaja. Di keheningan Subuh itu, dia terus mencium dahi anak-anaknya yang masih kecil, seorang demi seorang.
Isterinya mengiringi setiap langkahnya di dalam banglo itu.
Sebaik tiba di pintu untuk berpisah. Terus sahaja Kapten Haris memeluk pinggang isterinya dengan begitu erat. Dan memberikan kucupan hangat buat isterinya.
"Doakan keselamatan abang tau!" pinta Kapten Haris kepada isterinya.
"InsyaAllah bang, kita kan nak tambah baby lagi ..." isterinya tersenyum manja.
Sebaik mereka bersalaman Kapten Haris memberikan ciuman terkhir di dahi isterinya. Terus sahaja Haris menuju lif.
***
Pulau Indah.
Kebanyakan kenderaan bergerak agak laju menuju destinasi masing-masing. Hari semakin cerah. Motor, kereta, lori dan treler panjang sama-sama bersaing ke arah Pelabuhan Barat, Pulau Indah.
Kapten Haris melayani perasaannya berseorangan.
Manakala di jalan yang sama, Latif dan rakan-rakannya berborak dan bersenda gurau.
Sebuah lori tangki memotong mereka dengan begitu laju. Diikuti sebuah lagi lori membawa baja. Bergegar jalan.
Dibelakang mereka, sebuah motorsikal sedang mengikut rapat.
Sebaik mereka masuk ke dalam jalan berselekoh.
Malang memang tidak berbau.
Semuanya berlaku sekelip mata. Tiga buah kereta bertembung sesama mereka, berpusing dan terbabas di pembahagi jalan.
Lori yang membawa baja hampir terbalik, melintas jalan.
Kereta yang dipandu Kapten Haris terus menghentam belakang lori baja. Kereta yang dinaiki Latif dan rakan-rakannya menghentam pembahagi jalan. Dan penunggang motorsikal melanggar belakang kereta mereka.
Mereka semua hanya mampu menjerit Allahu Akbar !!!
Memang tragik !
Puncanya, lori yang membawa minyak sawit telah mengalami kebocoran. Minyak melimpah ke atas jalan.
Serentak itu, semua kenderaan di kedua-dua arah berhenti.
Masing-masing berdebar.
Pemandu lori baja terus turun dari dari kenderaannya. Memandang keliling.
Latif hanya cedera ringan. Sahabatnya yang duduk dibelakang pemandu pengsan.
Sahabatnya yang memandu mengadu kakinya sakit kerana rempuhan itu, kereta mereka kemek terutama disebelah pemandu.
Tiba-tiba mereka mendengar suara orang meminta pertolongan.
Orang-ramai terus bergegas ke arah kereta yang di pandu oleh Kapten Haris.
"Tuan ok?" tanya pemandu lori.
"Ok, ok, tu ..." sambil Kapten Haris menunjukkan kearah seorang penunggang motor yang berada dibawah lori.
Kapten Haris berusaha keluar melalui tingkap, setelah pintunya tidak dapat dibuka.
"Kapten!" kedengaran suara seseorang memanggilnya. Rupanya sahabat sejawatan yang baru selesai tugasan dan dalam perjalanan pulang, menyapanya.
Penunggang motor itu rupanya masih hidup. Wajahnya berlumuran darah. Kakinya tidak dapat digerakkan.
"Haris, aku rasa lebih baik aku bawa budak ini ke hospital. Engkau boleh ikut sekali." rakannya memberikan cadangan.
Haris mengangguk bersetuju. Apatah lagi kakinya pun terasa amat sakit. Dia berjalan dalam keadaan berpapah.
Orang ramai mengangkat pemuda itu ke dalam kereta. Dan sahabatnya terus memecut menghala ke hospital.
Manakala Latif terus menunggu ambulans untuk membawa sahabatnya ke hospital.
Sebaik mereka tiba di horpital dengan ambulans. Sahabatnya dibawa ke dalam bilik rawatan kecemasan. Sementara itu Latif dan seorang lagi sahabatnya mendaftar sebagai pesakit luar.
Mereka bertemu dengan Kapten Haris yang sedang bercakap dengan isterinya.
"Bagaimana budak tadi?" Latif memulakan perbualan.
"Saya rasa ok, nasib baik dia pakai topi keledar jenis tahan lasak, kalau tidak ..." Kapten Haris tidak menyambung percakapannya.
"Kawan apa macam mana?" Kapten Haris pula bertanya.
"Alhamdulillah, kakinya ok, tapi nampak bengkak, Doktor kata tak patah ... yang seorang lagi pengsan sebab kepalanya terhentak kuat pada cermin." Latif menerangkan keadaan sahabatnya.
Setelah lama mereka mendiamkan diri. Tiba-tiba Kapten Haris membuka kisahyang agak pelik.
"Awak tahu tak, waktu nak berlaku kemalangan tu, saya sudah hilang kawalan, tetapi saya perasan macam budak tu menendang kereta saya, dan saya merempuh belakang lori. Kalau ikut cara saya bawa, mungkin kereta saya akan terperosok bawah lori..." Kapten Haris mendedahkan keajaiban yang berlaku kepadanya. Dahinya berkerut seribu.
Diwaktu itu, barulah Latif terbayang sesuatu. Sewaktu pemanduan hilang kawalan. Motor itu merempuh dari belakang, kereta mereka berpusing, dan melanggar motor yang terbalik. Dan kereta mereka terus bergesel dengan pembahagi jalan.
Andaikata kereta mereka tidak melanggar motor itu, kemungkinan besar, kereta mereka juga akan terperosok kebawah lori.
Allah ... panjang Latif melepaskan nafasnya.
Dia terus meraup mukanya, kelegaan.
Satu persoalan bermain diminda masing-masing.
Ini suatu keajaiban. 'Siapa' yang menyelamatkan mereka ?

Subscribe to:
Posts (Atom)