Sunday, August 30, 2015

Buku - Aku, Dia & Rezeki.

Ada 178 tajuk didalam buku - Aku, Dia & Rezeki.   Buku pertama tulisan saya tentang bab rezeki.  Kisahnya mudah sahaja,  tentang rezeki.  Rezeki dari Allah akan datang tepat pada masanya dan melalui pelbagai cara.


Tajuk yang mendapat paling banyak maklumbalas:   Twilight Zone.
Tajuk yang mendapat maklumbalas paling banyak dalam FB:  Aku, Anjing dan Gadis.
Tajuk yang paling menginspirasikan:  Tergamam Selepas Bersedekah.


Bagi yang berminat untuk mendapatkan naskah ini terus dari saya.  Mudah sahaja. 

Mohon diberikan maklumat seperti dibawah:

1]  Nama Penuh.
2] Alamat lengkap dan poskod.
3]  Kuantiti.
4]  Nama yang mahu dicatitkan dalam buku.


Kirimkan melalui sms / whatsApp ke nombor - 019 2254910.


Monday, August 24, 2015

Permudahkan Urusan Ummat.

Sejak awal pembabitan saya dalam bisnes secara dalam talian - on line.  Saya telah memikirkan kaedah bagaimana hendak mempermudahkan urusan umat Islam. 


Dengan keadaan pada hari ini.   Umat Islam dan rakyat Malaysia yang berusaha mencari rezeki,  dari siang hingga malam.


Ada ketikanya,  waktu makan tidak menentu.  Waktu tidur terpaksa disingkatkan.  Waktu solat,  dalam keadaan kelam kabut.


Pelanggan mahu sesuatu yang bermanfaat.  Pelanggan mahu sesuatu yang terbaik untuk diri dan keluarga.  Pelanggan mahu sesuatu yang tidak renyah.


Maka,  saya letakkan diri dalam situasi pelanggan.

Buat permulaannya.  Sejak saya mendaftar perniagaan saya dengan SSM.  Dengan meletakkan nama syarikat sebagai - AR RAZI NETWORK.  Saya terus meletakkan tagline - 


'Urusan Anda Dipermudahkan!'


Syarikat saya - AR RAZI NETWORK.  Menawarkan 2 perkhidmatan asas.

1]  DADIH.

Dengan membawa jenama - DADIH AR RAZI.  Sejenis makanan pencuci mulut.  Saya memprogramkan makanan ringan ini (hakikat sebenarnya,  ini bukan makanan ringan kerana dengan 2 cawan sahaja,  pelanggan akan merasa kenyang, kerana kandungan asasnya ialah susu),  sebagai SEDEKAH. 

Khususnya dibulan Ramadan.  Program ini telah berjalan dengan jayanya selama 6 tahun.

Dimana,  DADIH ini akan dihantar ke golongan sasar sebagai  - JUADAH BERBUKA.

Caranya mudah sahaja.  Penderma, Pelanggan,  Penyumbang hanya perlu memindahkan sejumlah wang kedalam akaun saya.  Dan mengirimkan - sms / whatsApp ke nombor - 019 2254910.  Dan menulis - DADIH.


Maka, AR RAZI NETWORK akan menguruskan penghantaran dadih ke beberapa lokasi yang telah dikenal pasti.  Dimana penerima sumbangan terdiri daripada golongan yang DISAHKAN oleh Pihak Lembaga Zakat Selangor.

Antara golongan penerima:

1]   Fakir,
2]  Miskin,
3]  OKU,
4]  Gelandangan,
5]  Madrasah Tahfiz,
6]  Anak Yatim,
7]  Surau & Masjid.


Harga secawan dalam pasaran RM1.50.

Harga Diskaun untuk umat Islam yang menyertai program ini ialah RM1.20

# Tidak ada HAD MINIMA atau HAD MAKSIMA untuk menyertai program ini.

Malahan,  ada pelajar yang memasukkan sumbangan sebanyak RM2 juga diterima dan amat dialu-alukan.

Program ini berlangsung sepanjang tahun.  Kerana seperti yang dinyatakan diatas.  Dengan 2 cawan dadih sahaja.  Sudah terasa kenyang. 




KITA BERSAMA menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. 




2)   BUKU -  Aku, Dia &  Rezeki.

Ini ialah buku saya yang pertama.  Tulisan saya ialah mengenai -  REZEKI.  Berkisar kepada kisah benar yang berlaku saban hari di sekeliling kita.

Masih ramai insan berhati mulia yang menghulurkan sumbangan dan apa sahaja bantuan disaat kita terdesak.


Banyak kali berlaku kepada kita.  Apabila seseorang itu bersedekah.  Kita bukan sahaja mengharapkan balasan atau ganjaran dari Allah.  Tetapi,  apabila kita berada dalam keadaan sukar atau kepayahan,  tiba-tiba sahaja bantuan dari Allah tiba tanpa disangka-sangka.


Hablum MinaAllah,  Hablum Minnannas.


Apabila konsep itu dihayati.  Kita akan merasai bahawa,  dikeliling kita,  ramai manusia yang PRIHATIN dan PENYAYANG.  InsyaAllah.


Bagi yang berminat untuk menyertai program SUMBANGAN DADIH.  Ataupun berhajat untuk mendapatkan buku - Aku, Dia & Rezeki. 

Boleh membuat pesanan mudah berserta TANDATANGAN terus dari saya.

Harga:  RM22  +  RM6  Kos POS LAJU  =  RM28.




Mudah sahaja.

Untuk BUKU:

Masukkan amaun sebanyak RM28.  Kedalam akaun Maybank atas nama:

Mohamad Feroz Bin Mohammad Zaini.

Nombor akaun:  112045101747.

Dan kirimkan mesej melalu sms / whatsApp:

1 - Nama Penuh.
2 - Alamat Lengkap dan poskod.
3 - Kuantiti.
4 - Nama yang mahu dicatitkan dalam buku.

Ambil gambar slip bank pembayaran dan kirimkan kepada saya.  Sebagai bukti pembayaran.

CUKUP DENGAN 1 SMS / WHATSAPP SAHAJA.


Bagi menyertai PROGRAM DADIH.

Hanya perlu kirimkan slip bank dan taipkan tajuk:  DADIH. 

Itu sahaja.

# Tulisan saya juga boleh dibaca di FB Abang Long.

Abang Long aka Mohamad Feroz Mohammad Zaini.
Hamba Allah yang Faqir.

Sunday, August 23, 2015

DADIH AR RAZI - Pelekat Khas.

Bagi sebarang majlis yang istimewa,  atau program besar.  Ada pelanggan yang mahukan bekas atau cawan dadih itu berpelekat istimewa.


Maka,  AR RAZI NETWORK,  selaku pengedar rasmi DADIH AR RAZI bersedia mencetak pelekat khas atau istimewa ini dengan kos cetakan yang amat murah.


Dengan kerjasama NBE Print,  sebuah syarikat bumiputera sepenuhnya.  Pelekat Istimewa akan dibuat khas untuk dilekatkan pada cawan dadih.


Kosnya memang berpatutan.  Satu keping sebesar kertas A5 (boleh mencetak sebanyak 120 pelekat),  hanya berharga RM6 sekeping.


Tiada kos ART WORK yang dikenakan.  Pencetak hanya mengambil upah kertas sahaja.


Pelanggan hanya perlu memberikan TEKS sahaja.


Pelekat Khas / Istimewa itu mudah dan ringkas.  Tetapi begitu bermakna buat sesiapa yang memilikinya.








Solat Pembina Rangkaian Bisnes

Sepanjang saya mengusahakan bisnes secara kecil-kecilan.  Saya belajar banyak perkara,  walaupun hakikatnya,  ada terlalu banyak lagi yang saya belum belajar.


Amalan Mudah Mencari Rezeki. Amalan Pemberat Rezeki.  Amalan Syirik Sewaktu Mencari Rezeki.  Amalan Ringkas Golongan Jutawan.


Sedekah. Senyum. Selawat.  Solat Dhuha.  Adalah diantara amalan yang dianjurkan untuk membuka pintu rezeki supaya lebih barakah dan mendapat keredaan Allah.


Dari pengalaman saya yang di celah gigi ini.  Ada satu perkara yang sering saya diberikan bimbingan oleh Allah samada secara sedar atau tidak,   iaitu:-


Solat pada waktunya dan secara berjemaah.


Didapati terlalu banyak faedah dari amalan di atas,  diantaranya:

1]  Apabila kita bersolat 'on time.'  Seringkali bantuan dari Allah juga akan tiba 'on time,  at the right time.'

2]  Ramai juga pelanggan yang sudah mula belajar sesuatu.  Jangan buat panggilan dalam tempoh 1/2 jam setelah masuk waktu.  Kerana apa ?  Kerana pelanggan telah mula belajar bahawa itu adalah waktu umat Islam dalam keadaan 'sedang berurusan dengan tuhan.'  Sering juga saya menerima panggilan sewaktu saya sedang solat Asar,  jam 6 petang.  Bila pelanggan tanya.  Saya rasa malu nak jawab bahawa saya sedang solat.


3]  Antara pelanggan tetap saya ditemui usai solat berjemaah.  Dari situlah saya membina hubungan bisnes secara berangkai - networking.


4]  Sejujurnya,  core bussiness saya ialah DADIH.  Dan sekarang telah ada buku - Aku, Dia & Rezeki. Disebabkan hubungan yang amat baik dengan pihak AJK Masjid dan surau.  Maka,  beberapa kali poster dan iklan bisnes saya diumumkan oleh pihak jawatankuasa masjid dalam beberapa program rasmi.


5]  Usai bersolat berjemaah dan pada waktunya.  DOA secara beramai-ramai itulah yang banyak di aminkan oleh para malaikat.  Dan dari situlah terbinanya rangkaian ukhuwah.  Telah banyak kali saya menerima order dari jemaah usai solat.  Mereka tidak perlu membuat panggilan.  Cukup sekadar bertemu dalam masjid,  bersalaman dan bermu'amalah.



Dan ada banyak lagi kebaikan yang boleh diperolehi dengan amalan -


Solat 'on time'  dan solat berjemaah.


Sekadar perkongsian di celah gigi.


Hamba Yang Faqir.

Abang Long aka Mohamad Feroz Mohammad Zaini.
Penulis buku Aku, Dia & Rezeki.




Thursday, August 20, 2015

Ulasan FB Zamri Mohamed.

 Rencana dibawah diambil dari FB Zamri Mohamed.


kursuspenulisan.com mengikuti perkembangan penulis, Abang Long yang merupakan penjual dadih di Kelang. Pada masa sama menulis buku Aku, Dia dan Rezeki terbitan Legacy Publishing.

Apa yang penulis baru dapat belajar daripada kisah beliau? Saya petik ayat demi ayat dalam prinsip satu sehingga lapan daripada laporan BERNAMA.

Pertama Fokus

Bermula 2011 Feroz menggunakan akaun Facebook beliau untuk berkongsi kisah harian beliau sebagai penjual dadih. Pelbagai kisah motivasi beliau nukilkan sebagai pengajaran buat para pembaca.

Kedua Konsisten

Sementara itu, dalam diam, pengalaman menjual dadih Feroz yang dikongsi di Facebook menarik minat beberapa penerbit buku yang mahu mengumpulkan status-status beliau menjadi buku.

Ketiga Terbit

Dengan kerjasama Legacy Publishing, buku pertama beliau berjudul 'Aku, Dia dan Rezeki' setebal 179 muka surat dilancarkan sewaktu Pesta Buku Antarabangsa 2015 yang lepas.

Keempat Kualiti

Sewaktu artikel ini ditulis, buku ini mendapat rating 4.5 bintang di goodreads.com, sebuah laman sesawang ulasan buku antarabangsa.

Kelima Khabar Baik

Prinsip Feroz dalam menulis di Facebook ialah untuk hanya berkongsi cerita-cerita positif dan memberi pengajaran buat dirinya dan pembaca.

Keenam Bukan Ratapan

Tanpa menafikan ada pengalaman yang tidak enak dialami sepanjang berniaga, Feroz berkata beliau akan menulis pengalaman itu di atas kertas dan kemudiannya dibuang.

Ketujuh Berbengkel

Bidang penulisan bukanlah sesuatu yang baharu buat beliau. Sewaktu menulis blog, Feroz sempat menimba ilmu melalui kursus penulisan anjuran PTS dan Karangkaraf.

Kelapan Bermentor

Mentor beliau selain Norden Mohamed adalah Sri Diah Shaharuddin, novelis terkenal

Kesembilan Bunuh Alasan

Beliau tidak pernah berkata, "Saya tidak ada masa..." semuanya, "Alhamdulillah."

Kesepuluh Cuba Jaya

Dalam keterhadan, beliau mengamalkan cara, "Bagaimana jika saya...," dan beliau lakukan cuba jaya.
p/s Penerbitnya Legacy akan menganjurkan seminar 3P Promosi, Pemasaran dan Penjualan untuk penulis baru dan penerbitan sendiri (self publish). Satu kerusi untuk saudara klik bit.ly/tippenulisbaru


# Buku dibawah boleh dipesan terus dengan menghubungi Abang Long aka Mohamad Feroz Mohammad Zaini - 019 2254910


Abang Long selit kasih pada dadih dan buku.

Bismillah l  Selawat.

Syukur alhamdulillah.  Diizinkan NYA untuk bertemu dengan sahabat saya tuan Uthaya Sankar SB.  Sejujurnya,  pada mulanya saya sendiri tidak mengetahui tujuan pertemuan itu.  Hanya sekilas pandang dari tulisan beliau di FB,  mahu berkongsi pengalaman dengan sesiapa sahaja untuk memartabatkan ilmu dan bahasa.

Akhirnya,  perancangan yang diatur serba ringkas itu telah berlangsung di Cafe Mall,  Kumpulan Media Karangkraf SDN BHD.

Ikuti tulisan beliau:  http://www.kualalumpurpost.net/abang-long-selit-kasih-pada-dadih-dan-buku-5/

DADIH AR RAZI dan edaran buku melalui AR RAZI NETWORK adalah sujek perbualan kami.




# Uthaya Sankar SB adalah presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), perunding media dan penulis sepenuh masa.

Rencana diatas dipetik dari KUALA LUMPUR POST.


 

Sedikit ujian itulah hikmah.

Sedikit ujian itulah hikmah.
.
.
Sambil bersandar dan berlunjur di dinding masjid, berhadapan dengan pintu masuk pejabat zakat.

Kelihatan seorang pemuda keluar dengan senyuman.

Dia bersalaman dengan Pengawal Keselamatan yang bertugas di pintu masuk.

"Dah dapat duit, masukkan sedikit ke dalam tabung derma, insyaAllah, rezeki saudara akan bertambah." begitulah pesanan Pengawal Keselamatan itu.

Namun, pemuda itu terus sahaja keluar dan mencari seliparnya.

Pencariannya gagal. Seliparnya langsung tidak ditemui.

Saya pun rasa pelik. Bukannya ramai sangat manusia di pejabat zakat itu.

Pemuda itu termenung seketika, sambil bercekak pinggang.

Mungkin dia mengubah pendiriannya. Pemuda itu masuk semula ke dalam masjid.

Kelihatan dia membuka sampul. Sekali lagi pemuda itu termenung. Kemudian barulah dia memasukkan wang derma.

Pemuda itu terus pergi ke ruang wuduk.

Seketika kemudian, saya nampak pemuda itu sedang bersolat.

Usai bersolat. Dia bergegas keluar. Dan mencari seliparnya. Dia memandang saya dan Pengawal Keselamatan sambil ketawa.  Rupanya seliparnya tidak hilang.

Dia bergegas ke arah parkir motor. Sebaik dia mahu menghidupkan enjin.

Kami tergamam kerana seorang lelaki berpakaian lengkap baju Melayu menjerit ke arah pemuda itu.

"Hello, helllo ... saudara!"

Pemuda itu tergamam. "Ini motor kamu?" tanya lelaki berbaju Melayu itu.

"Ya, kenapa tuan?" pemuda itu pula terpinga-pinga.

"Kamu jual susu kambing?" sambil lelaki itu memandang kotak jualan di atas motor pemuda itu.

Saya tidak mendengar perbualan mereka kerana melihat nombor giliran, takut terlepas.  Tidak lama kemudian. Pemuda itu masuk semula ke dalam ruang solat.  Pemuda itu kelihatan sujud.

Saya dan Pengawal Keselamatan berpandangan sesama sendiri.  Kehairanan.  Sewaktu pemuda itu keluar dari ruang solat.  Pengawal Keselamatan itu memanggilnya.

Sekadar hendak mengetahui apa yang berlaku, sehingga pemuda itu sujud.

Rupanya. Sewaktu hendak keluar di awalnya. Dia langsung tidak dapat mencari seliparnya yang disangka hilang.

Hikmahnya. Allah memberikan ruang untuknya supaya bersolat sunat terlebih dahulu.

Usai bersolat. Tiba-tiba sahaja seliparnya ada ditempatnya.

Sewaktu hendak bersedekah. Waktu dia membuka sampul duit. Yang ada hanyalah wang ringgit dan semuanya RM50.  Tiada pilihan. Dia nekad.

"Ya Allah, aku tidak pernah menderma sebanyak ini, namun aku percaya kepada rezeki dari MU."

Kemudian dia melakukan solat sunat Dhuha.  Waktu hendak pulang. Rupanya, lelaki berbaju Melayu itu telah lama mencari susu kambing asli.  Susu itu mahu di serahkan kepada sebuah asrama anak-anak yatim.
Dan lelaki itu telah membuat tempahan awal.

"Dia bayar dengan upah sekaligus ... "

"Berapa banyak yang dia order?" saya mencelah dengan penuh minat.

"RM3,000 bang ... ." Pemuda itu menjawab dengan mata berkaca.