Sunday, August 23, 2015

Solat Pembina Rangkaian Bisnes

Sepanjang saya mengusahakan bisnes secara kecil-kecilan.  Saya belajar banyak perkara,  walaupun hakikatnya,  ada terlalu banyak lagi yang saya belum belajar.


Amalan Mudah Mencari Rezeki. Amalan Pemberat Rezeki.  Amalan Syirik Sewaktu Mencari Rezeki.  Amalan Ringkas Golongan Jutawan.


Sedekah. Senyum. Selawat.  Solat Dhuha.  Adalah diantara amalan yang dianjurkan untuk membuka pintu rezeki supaya lebih barakah dan mendapat keredaan Allah.


Dari pengalaman saya yang di celah gigi ini.  Ada satu perkara yang sering saya diberikan bimbingan oleh Allah samada secara sedar atau tidak,   iaitu:-


Solat pada waktunya dan secara berjemaah.


Didapati terlalu banyak faedah dari amalan di atas,  diantaranya:

1]  Apabila kita bersolat 'on time.'  Seringkali bantuan dari Allah juga akan tiba 'on time,  at the right time.'

2]  Ramai juga pelanggan yang sudah mula belajar sesuatu.  Jangan buat panggilan dalam tempoh 1/2 jam setelah masuk waktu.  Kerana apa ?  Kerana pelanggan telah mula belajar bahawa itu adalah waktu umat Islam dalam keadaan 'sedang berurusan dengan tuhan.'  Sering juga saya menerima panggilan sewaktu saya sedang solat Asar,  jam 6 petang.  Bila pelanggan tanya.  Saya rasa malu nak jawab bahawa saya sedang solat.


3]  Antara pelanggan tetap saya ditemui usai solat berjemaah.  Dari situlah saya membina hubungan bisnes secara berangkai - networking.


4]  Sejujurnya,  core bussiness saya ialah DADIH.  Dan sekarang telah ada buku - Aku, Dia & Rezeki. Disebabkan hubungan yang amat baik dengan pihak AJK Masjid dan surau.  Maka,  beberapa kali poster dan iklan bisnes saya diumumkan oleh pihak jawatankuasa masjid dalam beberapa program rasmi.


5]  Usai bersolat berjemaah dan pada waktunya.  DOA secara beramai-ramai itulah yang banyak di aminkan oleh para malaikat.  Dan dari situlah terbinanya rangkaian ukhuwah.  Telah banyak kali saya menerima order dari jemaah usai solat.  Mereka tidak perlu membuat panggilan.  Cukup sekadar bertemu dalam masjid,  bersalaman dan bermu'amalah.



Dan ada banyak lagi kebaikan yang boleh diperolehi dengan amalan -


Solat 'on time'  dan solat berjemaah.


Sekadar perkongsian di celah gigi.


Hamba Yang Faqir.

Abang Long aka Mohamad Feroz Mohammad Zaini.
Penulis buku Aku, Dia & Rezeki.




1 comment: