Monday, August 24, 2015

Permudahkan Urusan Ummat.

Sejak awal pembabitan saya dalam bisnes secara dalam talian - on line.  Saya telah memikirkan kaedah bagaimana hendak mempermudahkan urusan umat Islam. 


Dengan keadaan pada hari ini.   Umat Islam dan rakyat Malaysia yang berusaha mencari rezeki,  dari siang hingga malam.


Ada ketikanya,  waktu makan tidak menentu.  Waktu tidur terpaksa disingkatkan.  Waktu solat,  dalam keadaan kelam kabut.


Pelanggan mahu sesuatu yang bermanfaat.  Pelanggan mahu sesuatu yang terbaik untuk diri dan keluarga.  Pelanggan mahu sesuatu yang tidak renyah.


Maka,  saya letakkan diri dalam situasi pelanggan.

Buat permulaannya.  Sejak saya mendaftar perniagaan saya dengan SSM.  Dengan meletakkan nama syarikat sebagai - AR RAZI NETWORK.  Saya terus meletakkan tagline - 


'Urusan Anda Dipermudahkan!'


Syarikat saya - AR RAZI NETWORK.  Menawarkan 2 perkhidmatan asas.

1]  DADIH.

Dengan membawa jenama - DADIH AR RAZI.  Sejenis makanan pencuci mulut.  Saya memprogramkan makanan ringan ini (hakikat sebenarnya,  ini bukan makanan ringan kerana dengan 2 cawan sahaja,  pelanggan akan merasa kenyang, kerana kandungan asasnya ialah susu),  sebagai SEDEKAH. 

Khususnya dibulan Ramadan.  Program ini telah berjalan dengan jayanya selama 6 tahun.

Dimana,  DADIH ini akan dihantar ke golongan sasar sebagai  - JUADAH BERBUKA.

Caranya mudah sahaja.  Penderma, Pelanggan,  Penyumbang hanya perlu memindahkan sejumlah wang kedalam akaun saya.  Dan mengirimkan - sms / whatsApp ke nombor - 019 2254910.  Dan menulis - DADIH.


Maka, AR RAZI NETWORK akan menguruskan penghantaran dadih ke beberapa lokasi yang telah dikenal pasti.  Dimana penerima sumbangan terdiri daripada golongan yang DISAHKAN oleh Pihak Lembaga Zakat Selangor.

Antara golongan penerima:

1]   Fakir,
2]  Miskin,
3]  OKU,
4]  Gelandangan,
5]  Madrasah Tahfiz,
6]  Anak Yatim,
7]  Surau & Masjid.


Harga secawan dalam pasaran RM1.50.

Harga Diskaun untuk umat Islam yang menyertai program ini ialah RM1.20

# Tidak ada HAD MINIMA atau HAD MAKSIMA untuk menyertai program ini.

Malahan,  ada pelajar yang memasukkan sumbangan sebanyak RM2 juga diterima dan amat dialu-alukan.

Program ini berlangsung sepanjang tahun.  Kerana seperti yang dinyatakan diatas.  Dengan 2 cawan dadih sahaja.  Sudah terasa kenyang. 




KITA BERSAMA menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. 




2)   BUKU -  Aku, Dia &  Rezeki.

Ini ialah buku saya yang pertama.  Tulisan saya ialah mengenai -  REZEKI.  Berkisar kepada kisah benar yang berlaku saban hari di sekeliling kita.

Masih ramai insan berhati mulia yang menghulurkan sumbangan dan apa sahaja bantuan disaat kita terdesak.


Banyak kali berlaku kepada kita.  Apabila seseorang itu bersedekah.  Kita bukan sahaja mengharapkan balasan atau ganjaran dari Allah.  Tetapi,  apabila kita berada dalam keadaan sukar atau kepayahan,  tiba-tiba sahaja bantuan dari Allah tiba tanpa disangka-sangka.


Hablum MinaAllah,  Hablum Minnannas.


Apabila konsep itu dihayati.  Kita akan merasai bahawa,  dikeliling kita,  ramai manusia yang PRIHATIN dan PENYAYANG.  InsyaAllah.


Bagi yang berminat untuk menyertai program SUMBANGAN DADIH.  Ataupun berhajat untuk mendapatkan buku - Aku, Dia & Rezeki. 

Boleh membuat pesanan mudah berserta TANDATANGAN terus dari saya.

Harga:  RM22  +  RM6  Kos POS LAJU  =  RM28.




Mudah sahaja.

Untuk BUKU:

Masukkan amaun sebanyak RM28.  Kedalam akaun Maybank atas nama:

Mohamad Feroz Bin Mohammad Zaini.

Nombor akaun:  112045101747.

Dan kirimkan mesej melalu sms / whatsApp:

1 - Nama Penuh.
2 - Alamat Lengkap dan poskod.
3 - Kuantiti.
4 - Nama yang mahu dicatitkan dalam buku.

Ambil gambar slip bank pembayaran dan kirimkan kepada saya.  Sebagai bukti pembayaran.

CUKUP DENGAN 1 SMS / WHATSAPP SAHAJA.


Bagi menyertai PROGRAM DADIH.

Hanya perlu kirimkan slip bank dan taipkan tajuk:  DADIH. 

Itu sahaja.

# Tulisan saya juga boleh dibaca di FB Abang Long.

Abang Long aka Mohamad Feroz Mohammad Zaini.
Hamba Allah yang Faqir.

No comments:

Post a Comment