Tuesday, September 15, 2015

Hajat Pemilik Kasut Cinderella.

Tuah keringkan hati,  walaupun tahu yang anaknya melihat orang ramai sedang menikmati air krim di sebuah kedai menjual ais krim ternama.

Dia terus melakukan kerjanya membaiki kasut.  Dia membuka kedai mudah alih.  Kerana itu sahaja modal yang dia ada untuk berniaga kecil-kecilan,  bagi menyara keluarga.

Hamidun,  itulah satu-satunya permata yang dia ada,  setelah hampir 5 tahun berkongsi kehidupan dengan isterinya Anisah.

Seorang wanita Cina datang dan cuba bertanya samada dia boleh membaiki kasutnya yang kelihatan agak teruk juga keadaannya.

Setelah membincangkan bagaimana kasut itu akan dibaiki.  Dan menyebut harga dan upah.  Tiba-tiba wanita Cina itu hampir menjerit apabila dimaklumkan harga yang dikenakannya.

"What, RM10 only!?

Tuah hanya mengangguk.

Wanita Cina itu hampir tidak percaya dengan sebut harga itu.  "Saya sudah pergi banyak kedai,  you kenakan charge RM10,  banyak murah!"


Tuah hanya mampu tersenyum.  Baginya memang itu harga yang sepatutnya.

"Ok,  bila boleh siap?"   wanita Cina itu memohon kepastian.

"Ah soo,  sorry,  hari ini memang banyak kasut saya mahu repair,  you datang ambil esok,  boleh?"  Tuah memberikan alasan yang munasabah.


"Ok, ok, ok,   esok petang,  serupa ini jam,  saya datang."  wanita Cina memberikan persetujuan.

Datang seorang lelaki Cina bersama seorang anak kecil yang sedang menikmati ais krim.  Rupa-rupanya mereka ialah suami isteri dan sedang membawa cucu mereka berjalan-jalan.

Wanita Cina itu terus bergegas ke kedai menjual ais krim.  Tidak lama kemudian,  dia keluar membawa sebekas ais krim dalam kotak.


Lantas diserahkan kepada Hamidun.  "Eh,  ah soo?"  Tuah tergamam.


"Takpa lah,  ini budak kecik suka ais krim maaa."


"Terima kasih auntie."  Hamidun yang berusia 5 tahun mengucapkan terima kasih kepada wanita Cina itu,  tanpa disuruh oleh Tuah.

"Manyak pandai punya budak ..."   sambil wanita Cina itu mengusap kepala Hamidun.


Mereka beredar dari situ dengan berjalan kaki.


Sedang leka menjahit kasut.  Tiba-tiba anaknya menyuakan ais krim untuk dinikmati oleh Tuah.  Disuapnya ais krim kedalam mulut Tuah.

Beberapa pelanggan yang sedang menunggu disitu terus tersenyum dengan keletah Hamidun.

Malam itu.  Tuah membelek kasut wanita Cina itu.  Memang buruk.  Dengan penuh minat,  Tuah terus menjahit tempat tertentu dan ada yang disapu gam.

Usai membaik pulih kasut itu.  Dirasakannya kasut itu sebenrnya boleh dicantikkan lagi.

Digilapnya kasut itu dengan perasaan sayang.  Akhirnya,  sepasang kasut yang tadinya begitu buruk,  kini kelihatan begitu cantik.

Hamidun tersenyum puas.  Anisah memandang kasut itu dengan perasaan gembira.


Kasut itu diletakkan di atas rak.

Pagi itu,  sebelum pergi ke tempat kerjanya.  Dia meluangkan masa ke surau berhampiran rumahnya.  Surau itu menganjurkan program bubur asyura yang dimasak beramai-ramai oleh penduduk flat berdekatan.

Pagi yang cerah,  sedikit demi sedikit langit bertukar mendung.

Beberapa khemah yang didirikan juga seperti hendak hendak diterbangkan oleh angin ribu.

Nasib baik surau itu mempunyai bumbung beranda yang luas.  Kerja memasak di ubah ke bahagian dalam.

Angin bertiup kencang,  ribut memukul dan menerbangkan hampir semua benda yang ringan.

Hujan turun dengan selebat-lebatnya.  Khemah sudah tidak mampu bertahan.

Tiba-tiba Tuah melihat sebuah teksi berhenti di luar kawasan flat.  Tidak boleh masuk kerana kenderaan telah memenuhi hampir di setiap ruang parkir flat sehingga ke halaman surau.


Keluar seorang wanita yang sedang mendukung anaknya.  Berlari menuju ke bangunan flat berhampiran.  Entah bagaimana,  tiba-tiba wanita itu tergelincir akibat jalan yang basah dan serentak itu di pukul angin yang kuat.


Wanita itu jatuh tergolek,  dan anak yang didukungya terlepas.   Serentak itu Tuah terus berlari menuju dua beranak malang itu.


Tuah terpaksa meredah angin kencang dan hujan lebat sebelum dapat mengangkat anak kecil yang sedang menangis.


Dan dia terus mendapatkan wanita yang sedang terbaring didalam hujan lebat itu.  Diangkatnya wanita itu.  Tiba-tiba beberapa orang pemuda juga turut sama mengangkat wanita yang penagsan itu.


"Dah,  abang bawa budak tu kedalam surau,  biar kami angkat perempuan ini."   arah seroang pemuda.


Sebaik kedua-dua beranak itu diletakkan di beranda surau.  Kaum wanita terus menyambut si anak dan ibu itu.  Mereka memberikan bantuan kecemasan.


Usai membantu apa yang patut.  Tuan Imam mengarahkan Tuah untuk pulang sahaja memandangkan pakaian yang sudah basah lencun.


Hujan turun sehingga hampir Maghrib.  Dan hari itu,  Tuah tidak bekerja,  ini bermakna tiada wang masuk.  Namun Tuah reda.


Keesokan harinya. Jam 10 pagi.  Tuah telah menapak ke lokasi biasa tempat dia mencari nafkah.


Sebaik sahaja dia membuka kotak yang berisi alatan untuk membaiki kasut.  Beberapa orang pelanggan lelaki telah mula bertanyakan tentang kasut mereka.


Selepas menyerahkan bungkusan demi bungkusan yang berisi kasut yang telah dibaiki.  Datang seorang lelaki bertanyakan tentang kasut isterinya.

Setelah mengamati wajah lelaki itu,  barulah Tuan dapat mengesan lelaki itu ialah suami kepada wanita Cina yang menyerahkan kasutnya untuk dibaiki 2 hari sebelumnya.


"Maaf ya tuan,  semalam tak dapat datang,  hujan lebat satu hari."

"It's ok,  berpa ya?"   tanya lelaki Cina itu.

"RM10 sahaja."  Tuan memberitahu harga yang telah dijanjikan tempohari.

Setelah membayar wang.  Lelaki itu terus beredar.  Tidak sampai beberapa langkah.  Lelaki Cina itu kelihatan membuka beg plastik yang dipegangnya.  Dia berhenti seketika.  Tidak lama kemudian dia berpatah balik menemui Tuah.

"Encik,  betulkah ini kasut isteri saya?"   lelaki Cina itu mohon kepastian.

"Betul bos,  itu sahaja kasut wanita yang saya baiki beberapa hari ini."  Tuan mengesahkan sakli lagi.


Dan lelaki Cina hanya menganggukkan kepala dan terus beredar.


Tuah meneruskan kerjanya seperti biasa.

Petang itu,  hujan turun dengan lebatnya.  Kelam kabut Tuah mengemas semua peralatan yang ada,  dan terus berlindung di hadapan sebuah restoran Cina.

Sedang dia leka memerhatikan keadaan luar yang sedang lebat.  Tiba-tiba bahunya ditepuk.  Seorang lelaki Cina mengajaknya duduk di dalam kedai.


Terus dia teringat kepada lelaki Cina yang datang mengambil kasut isterinya itu.  Dan bila dia berkalih,  terus dia terpandang wanita Cina itu juga turut berada di sebuah meja sedang menikmati minum petang.


"You mahu minum apa?"  soal lelaki Cina yang memperkenalkan dirinya sebagai William dan isterinya Nancy.

"Er,  tak apa Bos ..."   Tuah menjawab gugup.  Bimbang untuk minum di sebuah restoran Cina.

"Hello kawan,  you jangan takut,  ini restoran Cina Muslim,  ini kopitiam sudah lama menyediakan makanan dan minuman yang halal."   William menjawab sambil ketawa.

"Oh, oh ya ka?"   tiba-tiba Tuah turut tertawa dengan sikap ragunya itu.

Sebaik air yang dipesannya tiba.  Tuah terus menghirup dengan penuh asyik.


Sebaik sahaja semuanya dalam keadaan tenang.  Barulah William membuka mulut.  Dia dan beberapa orang sahabatnya telah mendapat sebuah kedai di tengah kota raya.  Menjual barangan kulit dari luar negara.  Dan dalam usaha mencari beberapa orang tenaga kerja mahir.

William berminat untuk mengambil Tuah menjadi pekerjanya yang akan ditugaskan sebagai Pengurus Operasi.


Melopong Tuah mendengar tawaran itu.

"Tapi Bos,  saya cuma ada sijil SPM sahaja,  itupuk gred 3."   Tuah membuat pengakuan jujur.

"Saya bukan mahu tengok you punya sijil,  saya mahu tengok you punya passion dalam kerja,  itu saja!"  William bercakap dalam nada serius.



Tiba-tiba isterinya menyampuk.  "Hello,  you tengok ini kasut ..."   sambil wanita itu menunjukkan kasut yang sedang dipakainya.

Tuah tahu,  sebab dia yang membaik pulih kasut itu.


"You kenakan charge banyak murah,  lepas itu,  saya sendiri tak sangka ini kasut boleh jadi serupa itu Cinderella punya kasut ..."


"Itu pasal,  saya suruh suami saya ambil you bekerja dengan company."   akhirnya wanita itu mendedahkan kisah sebenar.


Tuah mendiamkan diri.  Memandang William dan isterinya,  bergilir-gilir.


Malam itu,  Tuah dan Anisah tidak dapat melelapkan mata.  Memikirkan tawaran dari Encik William.

Mereka perlu merancang banyak perkara.  Dan akhirnya,  hampir jam 1 pagi,  barulah kedua-duanya dapat meleapkan mata dengan mimpi indah.


Keesokan harinya.  Sebaik melangkahkan kaki buat pertama kalinya ke kedai William dan rakan-rakannya.  Tuan William terus menyambutnya dengan perasaan gembira.


Terus sahaja Tuah dibawa masuk kedalam pejabat.  Akhir perbincangan mengenai skop dan tugasan Tuah.  Setelah dipersetujui dan dihafami oleh Tuah.

Tuah terus menerima jawatan yang di tawarkan.

Sewaktu Tuah hendak keluar dari bilik,  tiba-tiba Tuan William memanggilnya.

"Hei Tuah,  you punya nama serupa pahlawan Melayu ... bagus.  Tapi you langsung tak tanya sama saya berapa you punya gaji?"   Tuan William tersengih.


"Berapa ya?"  barulah Tuah teragak untuk bertanya.


"You baca itu surat tawaran."  


Surat dibuka,  dan kali ini barulah Tuah membacanya dengan teliti.


Matanya terbuntang luas.  Mulutnya melopong.


Hampir tidak percaya !  Tetapi itulah rezeki.



No comments:

Post a Comment