Monday, September 7, 2015

Hidayah Seorang Pelacur.

Sudah 3 hari,  Nazlia tidak ada selera untuk makan.  Dia hanya membeli roti sebagai mengalas perut.  Entah kenapa,  perutnya asyik meragam dan kembung, yang pasti,  dia sudah membuat pemeriksaan dan disahkan tidak menghidap gastrik.


Sampai sahaja disebuah kedai 7-Eleven.  Nazlia terus masuk dan membeli roti berkrim.  Usai membayar,  Nazlia hanya berdiri terpacak dihadapan kedai.

Dihadapannya,  berdiri seorang remaja lelaki,  berseluar pendek dan berbaju T.  Datang mendekatinya dengan begitu bersopan.

"Kak,  saya lapar,  saya belum makan dari pagi."   rintih remaja lelaki itu.


Sayu pula Nazlia mendengarnya.  Terbayang adiknya yang tinggal di kampong,  yang sedang bergelut dengan peperiksaan SPM.


Dari gelagat budak itu.  Gerak hati Nazlia yakin yang budak itu jujur.


"Nah...."   Nazlia terus menghulurkan 2 biji roti yang dibelinya sebentar tadi.

Sebaik menerima roti pemberian Nazlia.  Remaja itu terus mengucapkan terima kasih dan mengangkat tangan mendoakan kemurahan rezeki buat Nazlia.


Nazlia tidak mampu berkata apa-apa.  Apabila melihat remaja itu makan dengan lahapnya.  Terus sahaja Nazlia masuk semula kedalam kedai dan membeli beberapa biji roti sekali lagi berserta sekotak air susu penuh krim.


Diserahkan 2 biji roti dan susu sekotak besar.

Remaja itu menerima pemberian Nazlia dengan wajah kegembiraan yang tidak terkata.  "Ya Allah,  akak macam malaikat..."


Terus sahaja kotak susu itu dibuka dan diminumnya dengan begitu berselera.


Nazlia terasa seperti diperli,   kerana dia hanya memakai pakaian yang begitu seksi.  Tetapi dia juga yakin dengan apa yang diucapkan oleh remaja itu.



Nazlia terus berlalu dari situ,  menghala ke sebuah hotel mewah yang tidak jauh dari situ.  Sesekali langakahnya dilajukan,  kerana dari tiupan angin dan berkemungkinan hujan akan turun dengan lebatnya.

Malam itu,  Nazlia telah ditempah khabarnya oleh seorang lelaki dari Hong Kong.

Sebagai pekerja seks.  Nazlia telah maklum apa yang perlu dilakukannya.  Sebaik memasuki bangunan hotel yang ternama di tengah kotaraya itu.  Dia terus sahaja menuju lif.


Pintu diketuk.  Dan muncul seorang lelaki mempersilakan dia masuk.

Terdapat 3 orang lelaki didalam bilik itu.  Semuanya memandang ke arah tubuh Nazlia dengan pandangan bernafsu.


Nazlia terus menuju ke arah seorang lelaki yang bertubuh sasa,  yang hanya memakai seluar panjang. 


"Wow ...."   Donald tersenyum.


Melalui tingkap kaca.  Kelihatan jelas kilat sabung-menyabung.


Dan seketika,  tingkap mula berkabus,  menandakan hujan telah turun dengan lebatnya.


Entah kenapa.  Malam itu,  aksi Nazlia agak dingin.  Apatah lagi perutnya yang meragam dan memulas-mulas.  Langsung tiada nafsu untuk melayan Donald.

Nazlia umpama patung diatas ranjang.  Ini membuatkan Donald naik berang.



Pelbagai kata sumpah seranah dihamburkan ke atas Nazlia.  Donald meludah jijik ke muka Nazlia.  Apabila diperlakukan sedemikian.  Nazlia menolak Donal dan terus terduduk diatas katil.


Akibat hilang kewarasan,  'Pang ..."  Donal dmenampar pipi Nazlia dengan begitu kuat.   Nazlia terpelanting ke satu sudut.

Bibirnya berdarah !


Donald naik angin.  Dia terus mengutip pakaian Nazlia dan membuangnya ke luar bilik.


Nazlia yang masih terasa pening akibat ditampar oleh Donald terus berlari ke luar bilik dan segera menyarung pakaiannya.  Nasibnya baik,  kerana tidak ada penghuni di luar. Jika tidak,  dia pun tak tahu bagaimana hendak dilakukan dalam keadaan yang memalukan.


Dia menekan butang lif dengan kuat,   beberapa kali.  Sambil menahan pedih dan sakit dihati.


Sebaik turun.  Dia terus bergegas keluar.  Langsung tidak dipandang keadaan sekeliling.


Berlari anak tanpa tujuan.   Dalam hujan yang turun dengan begitu lebat.  Sewaktu melintas jalan.  Tiba-tiba sahaja sebuah teksi melintas dihadapannya.  Dan teksi itu berhenti.


Pintu hadapan dibuka.   Nazlia kaget.


"Masuk!"   kedengaran suara kasar pemandu teksi itu memberikannya arahan.  


Nazlia masih tercegat di luar teksi.  Sebuah kenderaan lain membunyikan hon.

"Jangan takut,  masuk sekarang!"   sekali lagi pemandu teksi itu memanggilnya masuk.


Tiada pilihan   Nazlia terus masuk kedalam teksi dan pintu segera ditutup.


Dan teksi itu terus memecut dalam kegelapan malam disertai hujan dan kilat sabung-menyabung.


Kini,  kedua-duanya hanya mendiamkan diri.


Hanya kedengaran suara DJ dari saluran  IKIM.   Seketika kemudian,  berkumandang pula lagu Bila Izrail Memanggil.


Nazlia sudah tidak keruan.   "Encik nak bawa saya kemana ni?"  akhirnya Nazlia memecah kesunyian.


"Saya cuma nak selamatkan awak.  Sekarang beritahu saya alamat rumah awak,  saya hantar awak balik."   jujur pemandu teksi itu menjawab kerisauan Nazlia.


Sebaik tiba dirumahnya.  Nazlia terus mengeluarkan sejumlah wang,   kerana dia tidak tahu berapa tambangnya,  disebabkan pemandu teksi itu tidak memasang meter.


"Tak payah,  awak simpan je duit tu,  esok pergi klinik,  muka awak bengkak."  


Dalam cahaya suram didalam teksi.  Nazlia cuba mengecam wajah pemandu teksi berhati mulia itu.  Namun disergah  oleh pemandu teksi itu.  "Sudah,  cepat keluar,  saya ada kerja lagi nak cari pelanggan.  Ingat tuhan selalu."


Sebaik masuk kedalam biliknya.  Nazlia terus menangis mengenagkan nasibnya. 


"Allah."    terpacul kalimah suci yang telah lama tidak disebutnya.


Masuk kedalam bilik air.  Sekali lagi Nazlia terasa bagaikan hendak demam.  Kali ini dia sudah nekad.  Dia mahu membersihkan tubuhnya untuk bersolat.

Usai mandi dengan air panas yang menyegarkan.  Dia terus berwuduk. 


Nazlia bingung sekali lagi.  Dicarinya telekung tidak jumpa,  dicarinya sejadah,  langsung tidak kelihatan.


"Ya Allah,  ampunkanlah aku ...."


Malam itu.  Nazlia bersolat dalam serba kekurangan.


Sewaktu sujud.  Dia menangis semahu-mahunnya.

Sepanjang malam.  Nazlia hanya menangis penuh keinsafan.  Memohon keampunan dari Tuhan Yang Maha Agung.


"Ya Allah ... aku berdosa kepada MU.   Aku kotor ya Allah ...!!!"   Nazlia meraung semahu-mahunya didalam bilik bersendirian.


Dalam munajat keinsafan itu.  Nazlia terlelap.  Dan dia terasa tubuhnya digoncang.

Sebaik matanya terbuka.  Dia mendengar laungan azan Subuh yang sayup.


Dia meraba pipinya.  Masih sakit.


Usai solat Subuh.  Yang dirasakannya tunggang langgang.  Dia terus bersiap dan hasratnya hanya satu.

Mengeluarkan semua wang yang disimpannya selama ini.  Setelah urusan selesai.  Dia terus bergegas ke sebuah masjid.  Dan,  kesemua wang itu dimasukkan kedalam tabung masjid.


"Ya Allah,  berikanlah aku wang rezeki yang engkau berkati."   Nadia berdoa dalam sendu.


Sewaktu melangkah kaki ke untuk pulang.  Dia terpandang iklan jawatan kosong di sebuah bakeri.  Tidak banyak syarat yang diminta oleh pemilik bakeri.

Dia diterima bekerja disitu.  Dan sejak itulah dia belajar pelbagai perkara dari pembuatan kek dan pastri,  dan akhirnya diberikan kepercayaan mengendalikan urusan pejabat dan akaun.


Setiap manusia diuji oleh tuhan mengikut kemampuan hambaNYA.  Bayangkan bagaimana seorang pelacur boleh mengeluarkan wang simpanan yang berpuluh ribu untuk membersihkan diri dan hartanya dari cebisan kekotoran dunia.




No comments:

Post a Comment