Monday, September 7, 2015

Malang yang indah.

Riang ria Azhar pulang ke penempatan rehatnya.  Di bawah jambatan.  Hari ini dia membawa pulang 3 bungkus nasi ayam pemberian seorang peniaga nasi ayam yang berniaga tidak jauh dari lokasi kedai bergerak miliknya sebagai tukang kasut.

Paling istimewa.  Sebungkus tambahan  sup kaki ayam yang menjadi kegemarannya.

Letih berjalan.  Azhar duduk seketika di tembok yang tersusun indah bunga-bungaan didalamnya.

Sambil memerhatikan gelagat manusia yang lalu-lalang di hadapan bangunan Dewan Bandaraya.

Dengan tidak semena-mena.  Dengan sekelip mata.  Dia melihat sebuah kereta melanggar sebuah motorsikal.  Penunggang dan pembonceng terus jatuh terpelanting.

Sekelip mata.  Orang ramai mengerumuni tempat kejadian.  Azhar juga bergegas melihat mangsa yang sedang terbaring.


"Ya Allah...!"   Azhar tergamam. Rupanya mangsa ialah jiran sekampong.

Kedua-duanya pengsan. 


Tidak lama kemudian.  Ambulans tiba hasil panggilan orang ramai.


"Siapa yang kenal mangsa?"   tanya salah seorang pegawai paramediks.


"Sa, saye, saye ... "   Azhar yang memapah mengangkat mangsa kemalangan mengaku mengenali mereka.


"Encik boleh ikut kami?"

"Baik, boleh."   Azhar baru sahaja hendak menaiki van ambulans.  Tiba-tiba dia teringatkan nasi ayam yang diletakkan di atas sebuah pasu besar tidak jauh dari situ.

Dia berlari untuk mendapatkan nasi ayam itu.  Setelah bungkusan itu diambilnya.  Dia terus berlari berpatah balik ke van ambulans.  Dan sebaik pintu ditutup,  ambulans terus memecut menuju hospital.


'Nasib baik aku bawa nasi ayam,  kalau tidak,  memang boleh kebulur!'   gumam Azhar sendirian.


Sebaik tiba di Bahagian Kecemasan & Trauma.  Pesakit diturunkan dan dibawa masuk kedalam bahagian kritikal.


Azhar diarahkan untuk membuat pendaftaran. Sebaik proses itu selesai.  Azhar terus pergi ke kantin untuk menikmati makan malam.

Sekilas dia memandang seorang lelaki sedang makan bubur berkongsi bersama anak-anaknya. 

"Saudara,  saya ada nasi ayam 3 bungkus,  nah ambil ...."   Azhar menghulurkan 2 bungkus nasi ayam kepada lelaki itu yang menyambut pemberian itu dengan wajah yang begitu berseri.


"Abang punya ...?"   lelaki itu pula merasa kasihan dengan Azhar.

Sambil mengangkat sebungkus lagi nasi ayam ditangannya.  Sambil ketawa bergurau.

Azhar terus duduk semeja dengan mereka.  Menikmat nasi ayam yang begitu menyelerakan.


Sambil makan,  sambil mereka bertanya kisah masing-masing.

Rupa-rupanya,  lelaki itu bukanlah dari golongan miskin.  Tetapi beliau terlupa membawa dompetnya,  sewaktu bergegas membawa anak-anaknya ke hospital setelah mendapat tahu isterinya hendak bersalin dan dibawa oleh jirannya.

"Keluarga saya belum sampai,  mereka dari Pulau Pinang,  bila mereka sampai barulah saya balik ke rumah."  lelaki itu menceritakan kisahnya.


Azhar tersenyum lega mendengar penjelasan Saiful.

"Eh,  abang kata abang kerja sebagai tukang kasut?  Abang nak kerja di kilang tempat saya bekerja?"   Saiful menawarkan sesuatu yang berharga.

"Boleh cuba ..."   Azhar seperti mahu tetapi masih malu untuk menerima tawaran itu.

Saiful lantas mengeluarkan dompetnya dan dikeluarkan kad bisnes lalu diserahkan kepada Azhar.  Sebaik menerima kad itu,  Azhar terus memasukkan kedalam poket bajunya.

Hampir sejam bersembang di kantin hospital.  Bila keluarga Saiful tiba.  Mereka bersalaman dalam riang. 

Tidak berlama,  mungkin keletihan,  Saiful mohon diri untuk pulang.  Meninggalkan keluarga mertuanya di kantin.


Azhar juga merasa keletihan yang teramat sangat,  namun buntu memikirkan apa yang harus dibuat. 

Tiada pilihan,  Azhar terus berbaring di kerusi bahagian kecemasan sementara menunggu pagi menjelma.

Hampir subuh.  Telefon bimbitnya berbunyi.  Rupanya saudara-mara sahabatnya yang kemalangan telah tiba.  Namun,  mereka tidak dibenarkan masuk beramai-ramai.

Kesemua mereka berkumpul di kantin,  dan sebahagiannya di bahagian kecemasan.

Usai solat Subuh dengan pakaian yang berbau hamis.  Dan belum membersihkan diri.  Azhar menemui saudara-mara sahabatnya.  Memohon untuk pulang.

"Eh,  abang datang semalam dengan apa?   soal salah seorang anggota keluarga mangsa.

"Datang dengan ambulan."   Azhar menjawab jujur.

Seorang lelaki yang berbaju Melayu datang menghampiri Azhar,  bersalaman dan menggenggam erat tangan Azhar.  Azhar dapat merasakan sesuatu berada didalam tangannya.


"Ambil,  kamu dah  tolong keluarga saya."   tegas tetapi rendah suara lelaki itu.


Azhar tidak dapat menolak pemberian itu.  Sebaik berlalu dari situ.  Sewaktu hendak menuju ke jalan besar.  Barulah dia melihat wang yang diterimanya.  'RM100 alhamdulillah.'  gumamnya sendirian.


Dia menahan teksi untuk pulang ke bawah jambatan tempat tinggalnya.   Sewaktu dalam perjalanan,  barulah dia teringat kad bisnes yang diterimanya semalam dari Saiful.


Dia membelek kad bisnes itu.  Dan dia tergamam.


Saiful Soliano.
General Manager Keys.

Jenama Pembuatan Barangan Kulit untuk eksport.


Petang hari yang sama.  Azhar telah pergi ke kilang itu.  Dia telah ditemuduga dengan ringkas dan terus diterima bekerja. Tidak terkata betapa bersyukurnya dia. 



# Ada ketikanya kita tidak tahu.  Mungkin yang kita tolong itu orang yang berharta.  Kita membantu kerana Allah. 



No comments:

Post a Comment