Wednesday, September 16, 2015

Hukuman atas Kejujuran.

Sejurus dia melihat seorang gadis Cina yang berpakaian agak seski.  Azmir terus terlanggar cermin sisi sebuah kereta.

Dia terus memecut melarikan dirinya dengan motor kesayangan yang berusia hampir 20 tahun.  Tiba-tiba dia berasa serba-salah.

Dia memperlahankan motornya.

Memandang ke belakang,  ada sahaja kereta yang membunyi hon ke arahnya yang menunggang tidak ketahuan.

Akhirnya dia nekad.  Dia merasa bersalah. Dia terus berhenti di tepi jalan dan melihat semua kenderaaan yang bertali arus di hadapan pasaraya Sogo.

Akhirnya,  matanya tertancap pada sebuah kereta BMW baharu.  Namun,  dia telah nekad untuk menyerah diri.

Sewaktu kenderaan bergerak perlahan.  Dia terus berlari ke tengah jalan.  Dan mengetuk cermin pintu kereta itu. 

Pemandunya memberikan isyarat untuk bergerak ke kiri bahu jalan.  Dan terus berhenti.

Keluar seorang lelaki memakai kemeja putih berlengan panjang,  dan berkaca mata hitam.


"Ada apa?" soal lelaki itu serius.


"Maaf tuan,  maaf,  saya yang langgar kereta ini,  saya langgar cermin sisi tu ...."   Azmir mengakui sepenuhnya kesilapannya.

Tiba-tiba keluar seorang lelaki separuh abad.  Rambutnya memutih.

Azmir terus bergegas mendapatkan lelaki tiu.

"Assalamu'alaikum tuan ... er Datuk,  saya datang nak ... saya dah terlanggar cermin kereta tuan ... Datuk."  Azmir gugup.

Lelaki itu memandangnya dengan serius,  dari atas hingga bawah.  Sambil mengangguk.

"Kamu tahu tak berapa kos cermin ini?"  soal lelaki itu.

"Saya tak tahu tuan, datuk ..."  Azmir hampir menangis.

'Jujur budak ni!'   bisik hati lelaki itu.

"Kamu kerja apa?" 

"Pembantu kedai ... restoran mamak."  jawab Azmir jujur.

"Begini,  esok kamu datang ke pejabat saya,  kita selesaikan disana ... oh ya,  motor kamu dimana ?  ok tak ?"

"Tu ..."   Azmir menunjukkan ke arah motornya yang di parkir di atas bahu jalan.

Lelaki itu mengeluarkan dompetnya dan mengeluarkan sekeping kad bisnes.  "Ini kad bisnes saya,  jangan lupa datang esok."

Azmir menyambutnya dan terus memasukkan kedalam saku bajunya.


Lelaki itu mengangguk kepala dan terus masuk ke dalam kereta.

***

Malam itu,  Azmir tidak boleh tidur,  mengenangkan nasibnya esok.  Dibukanya dompet.  Hanya ada RM25.  Dia hanya mampu menggelengkan kepala. Dia terus bersandar di kepala katil. Tiba-tiba dia teringat kepada kad bisnes yang diberikan oleh lelaki itu.  Dikeluarkan dari dalam dompetnya.

'Datuk Azmi Mokhtar.
CEO Sinar Maya Engineering.

***


Usai solat sunat Dhuha.  Azmir terus singgah di sebuah surau tidak jauh dari rumahnya.  Kali ini dia serba salah.

Didalam poketnya hanya ada wang kertas RM20, RM5 dan syiling tidak sampai satu ringgit.

Akhirnya dia nekad.  InsyaAllah,  Allah akan gantikanyang terbaik untuk aku.  Dan dengan hati yang bergetar,  dia memasukkan wang kertas sebanyak RM20.

Usai bersedekah.  Azmir beredar dan terus menunggang ke pejabat Datuk Azmi.

Telefon berdering.  Datuk Azmi mengangkatnya perlahan.  "Ya Mira."

"Datuk,  ada remaja datang,  nak jumpa Datuk."

"Baik,  benarkan dia masuk."   Datuk Azmi memberikan arahan kepada Mira.

Pintu diketuk perlahan.  Kelihatan Mira membuka pintu dan mempersilakan Azmir masuk.

Azmir berjalan perlahan ke arah Datuk Azmi.  Bersalam dan mencium tangan Datuk Azmir. 

'Beradab sungguh budak ni!'   gumam Datuk Azmir.

"Sila duduk."  DatukAzmi mempersilakan Azmi untuk duduk di kerusi sofa dalam ruangan tamu.


Mereka berbincang dengan begitu serius.  Banyak perkara yang diketahui dari remaja itu.  Seorang yang kuat berusaha setelah ayahnya meninggal dunia.  Ibunya yang menghidap barah dan adiknya yang akan menghadapi peperiksaan SPM.


Datuk Azmi diam sambil membelek telefonnya.


Azmir pula duduk membatu sambil merenung lantai.


Akhirnya tiba waktu rancangan Datuk Azmir bermula.

"Hara cemin sisi yang kamu langgar tu ... RM300."  tegas nada Datuk Azmi.

"Huh ..."  Azmir tertunduk diam membisu.  Dengan gajinya sebanyak RM600,  memang dia tak mampu nak bayar.

"Kamu boleh bayar tak!?  soal Datuk Azmi tanpa memandang Azmir.

Lama Azmir terdiam.  Akhirnya dia mengangkat kepala,  Rupanya Azmir berasa hiba dengan hukuman itu.  Mana duit nak bayar denda,  mana duit nak hantar pada inunya di kampong.

"Begini,  kalau kamu tak boleh bayar,  kamu kena kerja dengan saya." 

Azmir menantikan hukaman yang bakal diterimanya dengan reda.

"Kamu kerja sebagai Cleaner,  cuci tandas.  Kerja selama 2 bulan."   tegas Datuk Azmi menjatuhkan hukuman mandatori.

'Ish,  tak logik langsung orang tua ni bagi hukuman,  harga cermin tu baru RM300, kalau kerja sebagai Cleaner sebulan pun dah boleh bayar habis.'   gumam Azmir sendirian.

Akhirnya Azmir bersuara.  "Baiklah Datuk,  saya terima hukuman itu,  tapi beri saya tempoh 2 hari.  Kerana saya perlu maklumkan kepada majikan saya,  tuan Munir,  pemilik restoran.  Waktu saya susah dulu,  dia yang ambil saya dari kampong untuk bekerja dengannya."


"Ok."   Datuk Azmi mengangguk.

Azmir mohon untuk beredar.  Dia berlutut untuk bersalaman dan mencium tangan Datuk Azmi.

Sebaik Azmir keluar dari pejabat Datuk Azmir.  Munir pula masuk.

"Remaja tadi,  Datuk?"   soal Munir.

"Ya,  siapkan surat tawaran sebagai Cleaner."

"Oh ya,  panggil En Izman,  saya nak cakap dengan dia."   arah Datuk Azmir kepada Munir.

"Baik Datuk." 

Datuk Azmir telah menerangkan perancangannya untuk Azmi.  Dan mendapat persetujuan dari Izman.


***

Di kediaman Datuk Azmi.

Datin Saerah hanya memandang cermin sisi yang baharu diganti.  "Budak tu dah bayar duit cermin tu bang?"

"Dah."  Datuk Azmi menjawab dengan berbohong.  Malas melayan leteran isterinya.

"Dah dapat cari pengganti Izwan?"   soal isterinya lagi.

"Dah."  Datuk Azmi menjawab dengan senyuman terukir di bibir.

***

Tahun 1995.

DI satu persimpangan..  Lim terpaksa membrek keretanya dengan mengejut apabila dua ekor anjing yang sedang berkejaran,  tiba-tiba melintas dihadapannya.

Serentak itu juga,  cermin sisi keretanya dilanggar oleh seorang penunggang penunggang motor.


Namun,  penunggang itu terus memecut,  melarikan diri.  Hnedak dikejar,  tak mungkin.  Itu kawasan kampong.

Lim pasrah. 

Tiba-tiba datang seorang penunggang menghampirnya.  Penunggang itu turun dari motornya dan terus mengaku dia yang telah melanggar kereta Lim sebentar tadi.

"Saya hairan,  tadi awak lari,  tapi sekarang awak datang dan mengaku silap ..."   Lim kebingungan dengan sikap penunggang itu.

Sambil Lim membelek cermin sisi keretanya yang pecah itu.  Penunggang itu terus bertanya.  "Taukeh,  berapa harga cermin itu?"

"Bagaimana awak tahu saya taukeh?"  Lim bertanya kehairanan.

"Itu,  belakang kereta taukeh ada mesin ..."  penunggang itu menjawab sambil menunjukkan jarinya ke arah tempat duduk belakang kereta Lim.

"Awak kerja apa?"  soal Lim lagi.

"Saya tolong famili usahakan ladang kelapa sawit." 

"Nama awak?"  Lim bertanya lagi kepada penunggang motor itu.

"Azmi."   jawab penunggang motor itu ringkas.

***

Datuk Azmi mengimbau peristiwa yang berlaku 20 tahun yang lalu.  Kini,  dia telah membuat keputusan.  Dia akan mengambil Azmir sebagai Pegawai Pemasaran yang baharu di syarikatnya,  apabila Azmir selesai menjalani hukuman bekerja sebagai Cleaner.







No comments:

Post a Comment