Friday, September 11, 2015

Mengejar perompak. Mengejar Cinta.

Bukan mudah untuk mengangkat tong gas yang berisi ke rumah pelanggan,  yang terletak di tingkat 5,  sebuah flat.

Kemudahan lif yang ada sering menimbulkan masalah.  Setiap kali diservis,  hanya mampu bertahan selama sehari dua saja.  Kemudian akan rosak untuk beberapa hari,  malahan ada ketikanya mencecah hingga seminggu lebih.

Penduduk sudah merasa kecewa dengan keadaan yang berlaku.  Ada ketikanya mereka berbincang dengan harmoni,  dan ada ketikanya suasana mesyuarat akanmenjadi tegang.


Tugas tetap dijalankan.  Hezri merasakan seperti hampir hilang tenaga untuk melepasi setiap tingkat.  Namun,  itu sahaja cara yang ada.  Bekerja sebagai pembantu di kedai ayahnya.

Bagi Hezri,  yang penting ialah mencari rezeki yang halal,  selain membantu perniagaan ayahnya.  Sudah diketahui oleh masyarakat disekitar flat itu bahawa ayahnya Encik Taufek merupakan seorang yang amat pemurah dan suka bersedekah.

Walaupun begitu,  Encik Taufek juga amat tegas dalam membimbing keluarga supaya sentiasa patuh kepada suruhan tuhan.

Dia amat mementingkan solat berjemaah.  Pernah dimasukkan ke dalam wad akibat sakit pinggang,   tetapi di tetap mencari surau dalam hospital.

Sebaik sahaja tiba dihadapan rumah pelanggannya. Pintu diketuk berkali-kali. Akhirnya muncul seorang wanita.  Terbongkok-bongok.  Kelihatan sungguh uzur.

Seperti kebiasannya.  Tong gas hanya akan diletkkan diluar rumah sahaja.

Tetapi entah kenapa.  Timbul simpati dihati Hezri.  "Makcik,  nak saya pasangkan tong gas ini?"

"Allahu Akbar,  kalau anak boleh tolong,  mak cik bersyukur sangat ...."  luah Mak Cik Hajar penuh kelegaan.

Tugas yang tidak sampai beberapa minit itu dilakukan dengan mudah oleh Hezri. 

Dan,  dia mengambil tong kosong untuk dibawa balik ke kedainya.

Mak Cik Hajar menyerahkan sedikit wang buat belanja Hezri namun ditolakknya dengan lembut.  "Tak pe makcik, saya ikhlas membantu." 

"Alah,  ambillah  nak,  makcik pun ikhlas nak bagi pada kamu,  bukan senang kamu nak angkat tong tu ..."  mak cik Hajar terus memegang tanganHezri dan menyerahkan duit upah.

"Terima kasih ya makcik."  Hezri terus beredar dengan mengangkat tong gas.

Sebaik tiba di  muka pintu,  kedengaran seseorang memberi salam.


"Assalamu'alaikum."

"Alaikumsalam ..."  serentak Hezri dan Mak Cik Hajar menjawab salam.

Muncul Lara.

Terpaku Hezri memandang gadis itu.  Sungguh ayu.  Dengan berbaju kurung,  begitu terserlah kecantikan Lara.

Hezri memandang Lara masuk ke dalam dan melihat Lara terus berslaman dan mencium dahi Mak Cik Hajar.  "Ini Lara,  anak sulung makcik."

Hezri hanya mampu mengangguk dan tersenyum.

Dia terus beredar.  Tetapi kali ini seperti ada satu kuasa yang sungguh mengkagumkan.

Dia turun dari satu tingkat ke satu tingkat dengan tidak menyedari langsung rasa keletihan.

Hanya gambaran wajah Lara yang bermain di matanya.

Sejenak dia terfikir.   Selama ini, dia langsung tidak pernah bersua dengan Lara.  Cuma sekali sahaja dia bertembung dengan Mak Cik Hajar yang berjalan dengan suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori.

'Macam mana aku boleh tak pernah jumpa dengan budak perempuan itu,  selama ini?  pelik sungguh!'  gumam Hezri sendirian sambil tersenyum.

Perniagaan mereka dibuka setiap hari.  Tidak ada cuti.  Hanya bahagian kaunter sahaja yang berganti.  Jika Encik Taufek tidak bekerja, maka tugasannya akan diambil alih oleh isterinya atau adiknya.

Hari itu adalah hari Ahad.  Encik Taufek bertanya samada Hezri boleh ke Shah Alam untuk mengambil bekalan kurma dari sebuah kedai.

Hezri hanya mengangguk tanda bersetuju.

"Pergi dengan motor je, ambil dua karton,  abah dah order awal."   pesan Encik Taufek lagi.

Tengahari itu,  usai makan tengahari.  Hezri terus menunggang,  menghala ke Shah Alam.

Cuaca yang cerah menggembirakan Hezri.  Tidak sampai setengah jam.  Dia sampai ke kedai  yang ditujuinya.

Pelanggan agak ramai,  memandangkan hari Ahad,  dan menghampiri bulan Ramadan.  Maka,  para peniaga runcit mengambil kesempatan utntuk membeli secara borong kurma dan segala  makanan dan minuman yang diimport dari Timur Tengah.

Sedang asyik memerhati ragam  orang ramai dalam gudang itu. 

Sekilas,  Hezri terpandang 2 orang lelaki menunggang motor bergerak menuju gudang itu.  Mereka memakai topi keledar yang bertutup sepenuhnya.


Tiba-tiba terdengar suara seorang wanita sedang menjerit.

Masing-masing dalam kedai terkejut tidak mengetahui puncanya.

Hezri terus menghidupkan motornya dan terus memecut,  mengejar perompak itu.

Tidak jauh mengejar. Hezri nekad untuk melakukan satu tindakan paling bahaya.  Dia terus menghimpit motor itu dan menendang perompak itu sekuat tenaga.

Kedua-dua motor terus bergesel dan jatuh.  Dan Hezri sempat merampas beg yang dicuri dari perompak itu.

Melihat orang ramai yang melihat aksi mereka.  Perompak itu tidak menunggu lagi,  terus berlari ke arah motor dan memecut meninggalkan Hezri yang sedang terduduk kesakitan akibat terjatuh dari motor.

"Kenapa saudara?"   soal orang ramai yang mengerumuninya.

"Perompak curi ni..."   jawab Hezri sambil menunjukkan beg tangan wanita yang berjaya dirampas kembali.

Malangnya,  seorang pun tidak dapat mengecam nombor plat motor itu.

***

Di kedai.  Hezri datang semula ke kedai itu untuk menyerahkan beg duit wanita itu semula.  Pelanggan yang ada di kedai itu merasa bersyukur kerana Hezri selamat dan beg itu berjaya dipulangkan semula.

Hezri hanya cedera ringan.  Suami isteri itu menyerahkan sedikit wang sebagai rawatan dan membaiki cermin sisi yang rosak.

Namun,  Hezri keberatan menerimanya.  Dia ikhlas membantu.  Tetapi suami kepada wanita itu terus memasukan sejumlah wang ke dalam poket Hezri.  Hezri tidak dapat menolak pemberian itu.

***

Setahun sudah berlalu.  Hubungan cinta antara Hezri dan Lara mendapat restu orang tua mereka.  Setelah segala persiapan diatur dengan baik.

Berlangsunglah hari berbahagia itu.  Majlis di adakan di bawah flat. 

Sewaktu tetamu hadir dan mengucapkan tahniah.  Tiba-tiba sepasang suami isteri tergamam melihat Hezri.

"Eh,  kamu yang bantu saya waktu kena rompak dulu kan?"  tanya Nuriah dengan rasa amat teruja.

"Ya kak ...eh?"   Hezri pula yang terpinga-pinga.

Mengucap panjang Nuriah dan suaminya.  Rupa-rupanya suami Nuriah ialah abang sulung kepada Pak Cik Jamal.  Perkara itu diterangkan oleh Lara.

"Bang, lepas ni  tak boleh panggil kak,  kena panggil Mak Long..."   Lara mengusik suaminya.


Kesemua mereka tertawa bahagia.


No comments:

Post a Comment