Thursday, September 10, 2015

Selawat adalah KRISTAL Penyembuh yang Tidak Ternilai.



Saya masih ingat beberapa tahun lalu. Waktu itu baru beberapa hari menyambut hari lebaran di kampong saya di Taiping.

Sewaktu hendak pulang pada malam itu. Perut saya meragam. Memulas tak tentu arah dibuatnya.

Kami akan menaiki keretapi malam dari Taiping ke Kuala Lumpur.

Ibu saya membekalkan ubat sakit perut. Panadol dan minyak angin, untuk digunakan sekiranya perlu.
Sewaktu berada di dalam keretapi. Alhamdulillah, hasil dari bantuan sahabat saya yang juga staff yang bertugas dalam keretapi.

Kami sekeluarga mendapat pertukaran tempat. Dari tempat duduk ke tempat tidur.

Dalam perjalanan, sewaktu keretapi menghampiri Stesen Padang Rengas. Saya menggelupur kesakitan yang teramat sangat. Perut memulas sakit tak terkira. Angin langsung tidak mahu keluar. Saya cirit-birit.

Saya sudah keletihan akibat berulang-alik ke tandas.

Di tepi pintu. Seorang lelaki berpakaian serba hitam sedang merokok.

Saya terfikir. Tubuhnya sudah tentu sihat dan kuat, kerana baju hitamnya seperti pakaian seorang pesilat, amat nipis. Sedangkan suhu pendingin hawa agak kuat.

Sewaktu dalam tandas, saya sendiri terasa menggigil kesejukan.

Tiba-tiba, sewaktu saya sedang melintas kawasan pintu keluar itu. Gerabak bergoncang agak kuat. Saya yang dalam keletihan itu terus tertolak ke arah lelaki itu.

Saya memeluk tubuhnya, dan kami hampir jatuh.

"Maaf ya encik." saya memohin maaf darinya.

"Kamu sakit?" soalnya pendek.

Saya hanya mengangguk. Dan wajah saya juga berkerut menahan sakit. Sambil memegang bahagian perut.
Lelaki itu terus memapah saya masuk kedalam koc.

Dia menyuruh saya berbaring. Dan sebentar kemudian, dia berpatah balik ke katil saya dengan sebotol air mineral yang baharu.

"Baca Bismillah 3 kali, Selawat 3 kali, dan kamu teguk sekali. Kemudian ulang balik, Bismillah 3 kali, Selawat 3 kali dan teguk sekali." saran lelaki itu.

Saya lakukan seperti yang diarahkan.

Kemudian, lelaki itu menyuruh saya bercakap dan halakan mulut saya kedalam botol air mineral itu.

"Ya Allah, aku adalah hak milik Engkau, air ini adalah hamba MU, mohon kasih MU, jadikalah air ini sebagai alat menyembuhkan sakit ku ini, dan ENGKAU Maha Penyayang."

Saya lakukan. Dan selepas itu saya minum beberapa teguk.

Lelaki itu menepuk bahu saya beberapa kali.

"Kamu baring, dan pegang tempat yang sakit, tekapkan tangan saudara dan berzikirlah - Ya Salam."

Saya berbaring. Dan melakukan apa yang disarankan.Rasanya tidak sampai 5 minit. Saya terus terlelap.
Dan saya mendengar anak saya memanggil.

"Abah, Ummi suruh solat Subuh."

Ya Allah. Saya telah tertidur beberapa jam dengan begitu enak sekali tanpa sebarang rasa sakit. Tubuh saya terasa segar.

Usai solat Subuh sambil duduk. Saya bangun dan pergi ke arah katil lelaki yang saya temui malam tadi.

Katilnya telah kosong.

Mungkin dia telah turun di mana-mana stesen sebelum ini.

Saya termenung sebentar di hadapan katilnya. Keadaan katilnya seperti langsung tidak digunakan. Cadarnya tegang dan kemas.

Semenjak hari itu. Saya sering menasihatkan kepada sesiapa sahaja tentang satu perkara.

JANGAN BERCAKAP SESUATU YANG NEGATIF DI HADAPAN MAKANAN ATAU MINUMAN.

Ianya mungkin memberikan hasil yang tidak baik kepada kesihatan diri.

"Jangan mengumpat, mencaci maki, dan kompelin makanan di hadapan rezeki."
Sesungguhnya KRISTAL ittu amat mahal, dan akan muncul dari tuturan ayat yang baik"

No comments:

Post a Comment