Semua bekalan makanan, ubatan dan perkakasan mudah membaiki kereta telah dikemas dan di simpan di dalam kereta. Beberapa hari sebelum itu, Hamidun telah membawa keretanya untuk diservis. Maklumlah, kereta sudah menghampiri usia 20 tahun. Tentu ada banyak ragamnya.
Anak-anaknya begitu riang ria, kerana kali ini mereka mengambil keputusan untuk pulang bercuti agak lama di kampong. Sudah lama tidak bermanja dengan atuk dan opah. Sudah lama tidak terjun sungai. Sudah lama tidak panjat pokok rambutan.
Bukan mudah untuk pulang ke kampong dan bercuti. Bukan sedikit wang yang diperlukan sepanjang percutian. Walaupun untuk pulang ke kampong halaman sendiri.
Dengan pekerjaan sebagai pekerja am di stesen minyak. Berapa sangat gaji yang diperolehinya. Isterinya Haliza hanya menjual kuih sebagai pendapatan sampingan.
Mereka tidak pernah bercuti panjang di kampong. Sedangkan cuti hari raya sekalipun, ada ketikanya mereka tidak pulang ke kampong.
Setelah berjimat cermat selama beberapa tahun. Hasil desakan anak-anak, akhirnya kali ini, mereka mengambil peluang cuti sekolah untuk berehat di kampong.
Sebelum bertolak, Haliza telah meminta anak-anaknya menghantar 2 dulang kuih ke surau yang terletak dalam kawasan perumahan flat mereka.
Kebetulan surau itu menganjurkan program ceramah perdana pada malam itu. "Kirim salam pada orang tua kamu, berhati-hati dijalanraya." tuan Imam meninggalkan pesan kepada anaknya.
"Baik pakcik." sambil bersalaman dan mencium tangan tuan Imam.
Tuan Imam tersenyum memandang anak-anak Hamidun yang telah berlalu pergi. Hamidun merupakan seorang sahabat dan jiran yang ringan tangan dan kerap bersedekah, walaupun tidak kaya.
Segalanya telah siap. Dan enjin kereta dihidupkan.
Dengan lafaz Basmallah dan membaca doa perjalanan. Kereta dipandu Hamidun dengan berhati-hati.
Perjalanan lancar sepanjang jalan. Mereka mengambil keputusan untuk makan di RR Tapah. Usai mengisi perut. Hamidun mengambil keputusan untuk mengisi minyak.
Sewaktu sedang mengisi minyak, dia asyik memerhati seorang anak kecil yang memakai baju seperti pari-pari, sungguh comel Dia tersenyum, timbul keinginan untuk memiliki anak perempuan.
Usai mengisi minyak, enjin dihidupkan dan mereka memulakan perjalanan semula.
Sebaik keluar dari tol Kuala Kangsar. Hujan telah turun dengan lebatnya. Pemanduan menjadi perlahan. Tidak ada apa yang hendak dikejar. Lagipun jaraknya sudah tidak berapa jauh.
Tiba di satu selekoh. Dari jauh, kelihatan sebuah kereta mewah memberikan isyarat kecemasan. Kelihatan seorang lelaki sedang memakai payung berdiri di tepi keretanya.
Sebaik melintas kereta itu, Hamidun memandu dengan perlahan bagi melihat apa masalahnya dengan kereta itu.
Timbul rasa simpati di hati Hamidun dan Haliza. "Abang pergi tengok sekejap."
Dia keluar dan membuka payung. Berjalan menemui lelaki itu. "Kenapa tuan?" Hamidun bertanya ringkas.
"Tayar kereta pancit, sebelum tol tadi dah rasa semacam, saya ingat boleh sampai ke bandar ..." lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Aziz menceritakan apa yang berlaku.
"Begini, tuan ada tayar ganti?" soal Hamidun.
"Ada." sambil Aziz membuka bonet belakang.
"Eh, tuan nak gantikan tayar? ini tengah hujan lebat ni!" Aziz simpati dengan keikhlasan Hamidun.
"Tak mengapa, tuan pegang payung, saya buat kerja. Kalau tidak, takkan tuan nak tunggu disini, sekarang dah gelap nak malam."
Aziz hanya mengangguk.
Tidak sampai setengah jam. Proses menukar tayar selesai.
Bersimpati dengan bantuan yang dihulurkan oleh Hamidun. Aziz menghulurkan sedikit wang sebagai upah.
Hamidun menolaknya dengan baik. Dia membantu sekadar termampu.
Hujan terus lebat disertai angin kencang, menyebabkan mereka tidak boleh berlama. Apatah lagi pakaian Hamidun telah lencun.
Kedua-duanya masuk ke dalam kereta masing-masing dengan segera. Enjin kereta dihidupkan. Dan Aziz sempat menekan hon sebagai tanda terima kasih kepada jasa baik Hamidun.
Kereta dipecut dan terus hilang dari pandangan mata.
Hamidun masih mengesat pakaiannya yang basah. Setelah agak selesa, barulah dia memulakan pemanduan. Menuju ke rumah orang tuanya.
Manakala didalam kereta Aziz. Isterinya bertanya. "Abang kenal orang tadi?"
"Tak." sambil menggeleng kepala.
"Abang ada ambil nombor hp dia?"
"Allah .....!" Aziz terasa kesal kerana terlupa mengambil nombor telefon bimbit atau kad bisnes Hamidun.
***
Keesokan harinya. Di pasar minggu Pekan Kuala Kangsar.
Dua orang anak remaja riang ria menaiki sebuah basikal. Tiba di sebuah gerai menjual kuih-muih. Mereka mengambil beberapa biji kuih dangai. Pesanan dari atuk dan opah mereka.
Di sebelah mereka seorang lelaki turut membeli kuih. Usai memilih. Dihulurkan wang sebanyak RM50.
"Maaf encik, kami tak ada duit pecah." si gadis tidak dapat memberikan wang pecah.
"Ok begini, campurkan sekali dengan harga kuih adik-adik ni." lelaki itu memberikan solusi.
Bila dibelek didalam bekas duit, tetap tidak cukup untuk dipulangkan baki wang itu.
"Ok dik, adik ambil lagi kuih dangai ke, kuih apa ke, bagi cukup RM20."
Kedua-dua remaja itu kebingungan. Namun, salah seorang terus mengambil beberapa biji kuih lagi dan mengisi kedalam bekas plastik.
"Alhamdulillah, selesai masalah." dan lelaki itu terus mengambil baki wangnya dan terus berlalu.
"Terima kasih pakcik!" jerit remaja itu.
Sebaik tiba di rumah atuk mereka. Kelihatan beberapa buah kereta telah di parkir di halaman.
Rupa-rupanya keluarga Pak Ngah dan Pak Su telah datang meraikan kedatangan mereka ke kampong.
"Mana kamu dapat duit beli kuih begini banyak? ayah bagi RM5 saja tadi, kan?" Hamidun tergamam melihat kuih-muih yang begitu banyak.
"Entah, tadi ada sorang pakcik belanja." jawab anaknya.
"Kamu kenal?" Hamidun bertanya lagi.
Kedua-dua anaknya menggeleng kepala.
"Dia naik kereta apa?"
"Kami tak nampak, sebab lepas dia bayar, dia terus masuk pasar."
***
Sementara itu. Di pasar minggu. Usai membeli beberapa barangan dapur. Di dalam kereta si isteri bertanya kepada suaminya.
"Bang, tak nak cari kedai tayar ? boleh ganti tayar semalam yang bocor."
Si suami hanya mengangguk.
Tuesday, September 8, 2015
Kilat dan anjing menyalak.
Zaleha teragak-agak hendak keluar atau tidak dari rumah. Hujan ada ketikanya lebat, ada ketikanya hanya gerimis.
Sakit kepala akibat Migrain masih belum reda. Anaknya pula merengek kelaparan. Bekalan Nestum telah habis langsung. Habuk pun tiada.
Duit yang ada ditangan cukup-cukup untuk membeli Nestum setin. Gaji sebagai pekerja pasaraya berdekatan flatnya belum masuk lagi. Dia boleh sahaja mengeluarkan wang dari ATM terdekat, tapi perlu naik motor untuk ke sana.
Kalau boleh, dia tidak mahu meredah hujan. Seboleh-bolehnya dia akan menjaga kesihatannya sebaik mungkin. Kerana selama dia bekerja di sebuah pasaraya yang ternama itu. Dia tidak pernah mengambil cuti sakit.
Setelah menghitung rasa malas dan rajin yang ada dalam dirinya. Akhirnya Zaleha mengambil keputusan untuk turun.
Rumah yang disewanya terletak ditingkat 8. Kemudahan lif ada ketikanya gagal berfungsi dengan baik.
Dia terus menyiapkan anaknya ala kadar. Dicapainya dompet dan telefon bimbit. Dan dikeleknya anaknya. Terus tutup dan mengunci pintu. Segera ke lif.
Malang nasibnya. Dua buah kedai runcit dibawah flat dan sebuah lagi dalam kawasan yang sama telah kehabisan Nestum.
Tiada pilihan lain. Dia terus berjalan ke sebuah bangunan yang tidak jauh dari flatnya. 'Nasib baik pakai topi' gumam Zaleha sendirian, sambil melihat dan membetulkan topi yang dipakaikan atas kepala anaknya. Bimbang jika hujan turun tidak menentu.
Dari sebuah kedai ke sebuah kedai yang lain. Semuanya tiada stok.
Zaleha merasa hampa.
Dia pandang keliling. Sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Seperti kebiasaan. Hasil ajaran dan amalan ibunya. Jika menghadapi masalah dan tiada jalan penyelesaian. Terus beristighfar dan berselawat tanpa henti. Mohon kasih sayang Allah dan bergantung harap sepenuhnya.
Tiba-tiba sahaja kilat berdentum. Di keheningan senja itu. Keadaan sekeliling menjadi cerah hasil dari pancaran kilat.
Anaknya menangis terkejut. Segera diusapnya tubuh si kecil itu bagi menenangkannya.
Entah dari mana, tiba-tiba sahaja seekor anjing yang turut terkejut dengan pancaran kilat itu terus berlari dan menerpa kearah mereka. Zaleha kaget seketika. Dia berdiri tidak berganjak.
Dan anjing itu berhenti berdekatan mereka. Menjelirkan lidah.
"Bila kita dalam kesempitan, bersedekahlah ..." itulah ayat yang kerap didengarinya melalui saluran tv.
'Apa yang aku nak sedekah pada anjing ni?' gumamnya sendirian.
Tiba-tiba dia teringat kepada botol susu anaknya yang berada didalam beg sandang.
Terus dikeluarkan botol susu itu. Dibukanya penutup puting susu. Dengan perlahan Zaleha mencurahkan baki susu anaknya ke atas lantai.
Dan anjing itu mendekati susu itu terus dijilatnya dengan lahap.
'Kamu lapar rupanya ... Ya Allah....' Zaleha berkata sendirian.
Sehabis susu, anjing itu menyalak ke arahnya. Anaknya sekali lagi menangis kerana terkejut.
Dan terus berlari ke satu arah. Tidak sampai beberapa meter. Anjing itu berhenti, berpaling ke arah Zaleha dan menyalak beberapa kali.
Sungguh Zaleha kebingungan, tidak tahu apa petunjuknya.
"Allahu akbar!" spontan Zaleha menjerit kecil. Barulah dia teringat sesuatu. Di hujung parkir, terdapat sebuah lagi bangunan dua tingkat. Dan disitu memang ada sebuah kedai ubatan Cina, Sengseh.
Kali ini dia kuatkan semangat, insyaAllah !
"Haiya, ini macam hujan pun lu bawa lu punya anak ka?" Taukeh Sengseh mengomel. Tapi sedikit pun Zaleha tidak berasa hati. Yang penting, Nestum telah berada ditangannya.
Malam itu. Zaleha hanya tidur dengan anaknya sahaja. Suaminya bekerja lebih masa di kilang tidak jauh dari flat mereka.
Dia mengalami mimpi aneh. Dia terlihat pancaran kilat seperti yang dialaminya petang itu.
***
Sementara itu, di sebuah banglo mewah di Bukit Antarabangsa. Beberapa orang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat sedang bermesyuarat dalam santai.
Mereka telah bersetuju dan bersepakat untuk membuka cawangan di Singapura. Dan mereka perlu menghantar beberapa orang pegawai bagi tujuan memberi latihan kepada kakitangan baharu.
"Ada beberapa jawatan kosong di ibu pejabat, paling utama kita mahu mencari pengganti Puan Yap sebagai Eksekutif Stor, dia akan dinaikkan pangkat mejadi Timbalan Pengarah Pemasaran. Ada sebarang cadangan untuk mengisi kekosongan?" Tuan Haji Yaakob memohon pandangan ahli lembaga pengarah yang lain.
"Saya dah lihat kesemua rekod pekerja, saya dapati Puan Zaleha adalah pekerja paling sesuai dan layak untuk menggantikan tempat Puan Yap sebagai Eksekutif Stor." Seorang ahli lembaga pengarah yang paling berpengaruh dalam syarikat memberikan pandangan.
Sambil menghirup segelas Capuccino dari Itali.
Kesemua ahli lembaga pengarah mengangguk tanda bersetuju dengan pandangan beliau.
***
Tidak mahu melayan ulitan mimpi. Pagi itu, setelah bersiap, dia hanya menunggu kepulangan suami tercinta.
Sebaik suaminya sampai. Mereka hanya berbual seketika sahaja, kerana Zaleha perlu segera ke tempat kerja.
Sewaktu rehat makan. Dia terdengar bunyi salakan anjing. Seolah-olah sama seperti petunjuk semalam. Rupanya beberapa anjing sedang berkeliaran tidak jauh dari padang permainan kanak-kanak.
Sewaktu habis waktu rehat. Zaleha telah dipanggil masuk kedalam pejabat. Timbul rasa kurang selesa dengan arahan itu. Kerana sejak beberapa waktu kebelakangan ini, desas desus telah kedengaran, beberapa orang staff akan dihantar ke Singapura. Ini bukan tugasan yang menggembirakan.
Sebaik masuk kedalam bilik Sumber Manusia. Pengarah Sumber Manusia, tuan Rizal terus menyerahkan sepucuk surat. Dan diterima dengan penuh debaran oleh Zaleha.
"Nak kena buka sekarang ke?" soal Zaleha gugup.
"Ya." Ringkas sahaja tuan Rizal menjawab.
Sebaik surat dibuka. Zaleha hanya mendengar dentuman kilat, suara salakan anjing dan susu yang ditumpahkan.

Monday, September 7, 2015
Darah kita bersatu.
Sejak ditinggalkan suami, kehidupan Elisha amat terhimpit. Bekerja sebagai Pembantu Nurseri, berapalah sangat untuk menampung segala macam kos di tengah kota raya.
Menyewa bilik, dengan dua orang anak yang masih kecil. Namun dia tetap bersyukur kerana abangnya akan menghantar beras dan barangan dapur setiap bulan ke rumahnya. Abangnya pula bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah sekolah.
Dan ada juga bantuan sekali atau dua kali dalam sebulan dari sebuah NGO yang dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan BAITUL FIQH yang menganjurkan program makanan untuk gelandangan dan fakir miskin.
Dapatlah keluarga miskin dan ibu tunggal mendapat bekalan susu yang berkualiti dan pampers untuk anak-anak yatim.
Walaupun kehidupannya yang amat susah. Namun, Elisha tetap ringan tulang membantu sahabat dan jiran yang memerlukan tenaga empat keratnya.
Ada ketikanya dia akan menjaga anak jirannya, jika keluarga tersebut perlu keluar dan meninggalkan anak mereka pada hujung minggu.
Dan kerap juga jirannya membawa anak sulungnya yang berusia 6 tahun keluar makan dan bersuka ria.
Sebagai seorang Islam, terasa juga sesekali hendak bersolat di surau berdekatan flat tempat tinggalnya.
Tetapi, hasratnya itu tinggal di dalam hatinya sahaja. Dia tetap terkenangkan peristiwa dihina oleh wanita yang bersolat di surau itu.
Waktu itu, berlangsung program ceramah perdana di surau tersebut. Elisha hadir untuk membantu seperti mana kaum wanita lain.
Dia datang dengan berseluar jeans dan t-shirt lengan panjang, serta bertudung pendek.
Elisha akui, pakaian itu langsung tidak sesuai dengan majlis di surau. Tetapi apakan daya, Elisha baru pulang dari kerja dan terus turun padang membantu.
Beberapa orang wanita mengeluarkan kata-kata sinis terhadapnya. Sehinggalah seorang wanita begitu celopar bercakap "pelacur pun tahu bersopan dalam surau..."
Elisha yang tersentap dengan kata-kata itu terus beredar dari situ dengan perasaan sebal.
Sejak hari itu, Elisha langsung hilang minat untuk melangkah ke surau itu.
Pagi itu. Cuaca sungguh cerah. Ada kenduri jiran dibawah flat. Elisha turun awal, supaya dapat membantu apa yang patut. Suasana agak meriah kerana jiran semakin ramai yang membantu.
Tiba-tiba seorang anak muda yang tidak dikenali memohon jika ada sesiapa yang dapat membantunya. Pemuda itu harus ke hospital segera. Ibu saudaranya kemalangan. Beliau tidak tahu selok belok jalan ke hospital Serdang.
Elisha yang mendengar rayuan pemuda itu berasa belas. Lalu menyatakan kesanggupannya untuk membantu. Apatah lagi itu adalah kampongnya.
"Kak Zai, kak boleh tolong tengokkan anak saya tak, takkan saya nak bawa budak tu ikut sama ..." Elisha memohon jasa baik jirannya.
"Tak pe, tak pe, kamu pergilah ... kami disini boleh tolong tengokkan, kesian ..." kedengaran suara beberapa orang kaum wanita meyatakan kesanggupan untuk menjaga anak-anak Elisha.
Sebaik tiba di hospital Serdang. Mereka terus bergegas ke bahagian kecemasan.
Apabila ditanya kepada jururawat yang bertugas. Rupanya ibu saudara pemuda itu masih dalam keadaan kritikal. Mereka dimaklumkan yang pihak hospital amat memerlukan darah untuk menyelamatkan wanita itu.
Anak saudaranya menawarkan diri untuk menguji kesesuaian darahnya. Namun didapati tidak sesuai. Dalam keadaan genting itu. Sekali lagi Elisha menawarkan darahnya untuk diuji.
"Puan, darah puan sesuai dengan kategori darah pesakit, puan mahu membantu?" Jururawat bertanya kepada Elisha.
"Boleh, boleh ..."
Beberapa minggu telah berlalu. Wanita itu dikeluarkan dari wad. Sewaktu keluar dari kereta. Mereka terserempak dengan Elisha.
Wanita itu langsung tidak mahu menegur sapa Elisha. Elisha dipandangnya dengan pandangan jelek.
"Hai kak Elisha, nak kemana?" sapa pemuda itu.
Elisha tergamam. "Nak kerumah kawan."
"Ha, mak ngah, inilah orangnya yang saya ceritakan hari tu, dia yang bawa saya ke hospital dan dia yang menderma darah kepada mak ngah." Pemuda itu mendedahkan kisah yang berlaku pada hari kemalangan.
Hampir pitam Siti Hawa mendengar penjelasan dari anak saudaranya.
Elisha, ya itulah orangnya yang dia hina satu ketika dahulu dalam surau sebagai pelacur !
Dan 'pelacur' itulah yang menyelamatkan nyawanya.
Tiba-tiba sahaja air mata Siti Hawa bercucuran. Spontan dia menarik tangan Elisha dan mereka berpelukan dalam tangisan.
"Maaf kan akak, Elisha, maaf kan akak ..."
..............
Surau Ar Rahmah.
Suasana gamat dengan usikan kaum wanita yang bertungkus lumus memasak untuk program imarah surau dan gotong royong menjelang Ramadan.
Kali ini Elisha juga turut sama sibuk membantu. Begitu manis sekali bila dia memakai baju kurung dan bertudung hijau pucuk pisang.
Terserlah keayuannya yang tersembunyi selama ini.
"Elisha, akak nak cakap sikit ni ..." Siti Hawa sempat berbisik ke telinga Elisha.
Elisha hanya mengangkat keningnya tanda bersedia mendengar.
"Anak saudara akak, berkenan kat kamu, kesian kamu dah lama ..."
Elisha hampir pitam mendengar luahan hati kak Siti Hawa.
Malam itu. Elisha dapat merasakan ketenangan yang termat sangat. Akhirnya dia dapat sujud di surau itu.
Usai solat Isyak, Elisya mengangkat tangat memohon petunjuk dari Allah.
"Ya, Allah, Engkaulah perancang terbaik ..."

Malang yang indah.
Riang ria Azhar pulang ke penempatan rehatnya. Di bawah jambatan. Hari ini dia membawa pulang 3 bungkus nasi ayam pemberian seorang peniaga nasi ayam yang berniaga tidak jauh dari lokasi kedai bergerak miliknya sebagai tukang kasut.
Paling istimewa. Sebungkus tambahan sup kaki ayam yang menjadi kegemarannya.
Letih berjalan. Azhar duduk seketika di tembok yang tersusun indah bunga-bungaan didalamnya.
Sambil memerhatikan gelagat manusia yang lalu-lalang di hadapan bangunan Dewan Bandaraya.
Dengan tidak semena-mena. Dengan sekelip mata. Dia melihat sebuah kereta melanggar sebuah motorsikal. Penunggang dan pembonceng terus jatuh terpelanting.
Sekelip mata. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian. Azhar juga bergegas melihat mangsa yang sedang terbaring.
"Ya Allah...!" Azhar tergamam. Rupanya mangsa ialah jiran sekampong.
Kedua-duanya pengsan.
Tidak lama kemudian. Ambulans tiba hasil panggilan orang ramai.
"Siapa yang kenal mangsa?" tanya salah seorang pegawai paramediks.
"Sa, saye, saye ... " Azhar yang memapah mengangkat mangsa kemalangan mengaku mengenali mereka.
"Encik boleh ikut kami?"
"Baik, boleh." Azhar baru sahaja hendak menaiki van ambulans. Tiba-tiba dia teringatkan nasi ayam yang diletakkan di atas sebuah pasu besar tidak jauh dari situ.
Dia berlari untuk mendapatkan nasi ayam itu. Setelah bungkusan itu diambilnya. Dia terus berlari berpatah balik ke van ambulans. Dan sebaik pintu ditutup, ambulans terus memecut menuju hospital.
'Nasib baik aku bawa nasi ayam, kalau tidak, memang boleh kebulur!' gumam Azhar sendirian.
Sebaik tiba di Bahagian Kecemasan & Trauma. Pesakit diturunkan dan dibawa masuk kedalam bahagian kritikal.
Azhar diarahkan untuk membuat pendaftaran. Sebaik proses itu selesai. Azhar terus pergi ke kantin untuk menikmati makan malam.
Sekilas dia memandang seorang lelaki sedang makan bubur berkongsi bersama anak-anaknya.
"Saudara, saya ada nasi ayam 3 bungkus, nah ambil ...." Azhar menghulurkan 2 bungkus nasi ayam kepada lelaki itu yang menyambut pemberian itu dengan wajah yang begitu berseri.
"Abang punya ...?" lelaki itu pula merasa kasihan dengan Azhar.
Sambil mengangkat sebungkus lagi nasi ayam ditangannya. Sambil ketawa bergurau.
Azhar terus duduk semeja dengan mereka. Menikmat nasi ayam yang begitu menyelerakan.
Sambil makan, sambil mereka bertanya kisah masing-masing.
Rupa-rupanya, lelaki itu bukanlah dari golongan miskin. Tetapi beliau terlupa membawa dompetnya, sewaktu bergegas membawa anak-anaknya ke hospital setelah mendapat tahu isterinya hendak bersalin dan dibawa oleh jirannya.
"Keluarga saya belum sampai, mereka dari Pulau Pinang, bila mereka sampai barulah saya balik ke rumah." lelaki itu menceritakan kisahnya.
Azhar tersenyum lega mendengar penjelasan Saiful.
"Eh, abang kata abang kerja sebagai tukang kasut? Abang nak kerja di kilang tempat saya bekerja?" Saiful menawarkan sesuatu yang berharga.
"Boleh cuba ..." Azhar seperti mahu tetapi masih malu untuk menerima tawaran itu.
Saiful lantas mengeluarkan dompetnya dan dikeluarkan kad bisnes lalu diserahkan kepada Azhar. Sebaik menerima kad itu, Azhar terus memasukkan kedalam poket bajunya.
Hampir sejam bersembang di kantin hospital. Bila keluarga Saiful tiba. Mereka bersalaman dalam riang.
Tidak berlama, mungkin keletihan, Saiful mohon diri untuk pulang. Meninggalkan keluarga mertuanya di kantin.
Azhar juga merasa keletihan yang teramat sangat, namun buntu memikirkan apa yang harus dibuat.
Tiada pilihan, Azhar terus berbaring di kerusi bahagian kecemasan sementara menunggu pagi menjelma.
Hampir subuh. Telefon bimbitnya berbunyi. Rupanya saudara-mara sahabatnya yang kemalangan telah tiba. Namun, mereka tidak dibenarkan masuk beramai-ramai.
Kesemua mereka berkumpul di kantin, dan sebahagiannya di bahagian kecemasan.
Usai solat Subuh dengan pakaian yang berbau hamis. Dan belum membersihkan diri. Azhar menemui saudara-mara sahabatnya. Memohon untuk pulang.
"Eh, abang datang semalam dengan apa? soal salah seorang anggota keluarga mangsa.
"Datang dengan ambulan." Azhar menjawab jujur.
Seorang lelaki yang berbaju Melayu datang menghampiri Azhar, bersalaman dan menggenggam erat tangan Azhar. Azhar dapat merasakan sesuatu berada didalam tangannya.
"Ambil, kamu dah tolong keluarga saya." tegas tetapi rendah suara lelaki itu.
Azhar tidak dapat menolak pemberian itu. Sebaik berlalu dari situ. Sewaktu hendak menuju ke jalan besar. Barulah dia melihat wang yang diterimanya. 'RM100 alhamdulillah.' gumamnya sendirian.
Dia menahan teksi untuk pulang ke bawah jambatan tempat tinggalnya. Sewaktu dalam perjalanan, barulah dia teringat kad bisnes yang diterimanya semalam dari Saiful.
Dia membelek kad bisnes itu. Dan dia tergamam.
Saiful Soliano.
General Manager Keys.
Jenama Pembuatan Barangan Kulit untuk eksport.
Petang hari yang sama. Azhar telah pergi ke kilang itu. Dia telah ditemuduga dengan ringkas dan terus diterima bekerja. Tidak terkata betapa bersyukurnya dia.
# Ada ketikanya kita tidak tahu. Mungkin yang kita tolong itu orang yang berharta. Kita membantu kerana Allah.

Sesat Pembawa Rezeki
“Cepatlah
sikit jalan tu, Izman. Kalau hujan lebat nanti, tak sempat nak sampai rumah!” herdik Sakinah kepada anak sulungnya yang
berusia 6 tahun.
Ada
ketikanya mereka berjalan laju. Ada
ketikannya mereka berlari-lari anak. Jam
telah menunjukkan pukul 8:15 malam.
Tidak
dapat dipastikan keadaan sebenar kerana kegelapan malam itu disimbah oleh
cahaya lampu jalan.
Hanya
kesejukan melanda tubuh dua beranak ini,
kerana tiupan angin yang begitu kuat.
Sesekali
tubuh mereka tertolak ke kiri dank e kanan akibat tiupan angin yang kuat.
Sementara
itu …
Dua
orang saudara sepupu sedang bertengkar dalam kereta. Mereka sedang mencari sebuah bangunan di tengah-tengah pusat Bandar
Kuala Lumpur.
Sudah
dua jam berlegar. Langsung tiada petunjuk. Yang nyata,
mereka telah sesat.
Lebih
malang lagi. Telefon bimbit kedua-duanya
telah kehabisan bateri.
Akibat
jahil dengan jalan disekitar bandaraya Kuala Lupur. Kerap kali kereta mereka di hon oleh pemandu
lain kerana pemanduan yang tidak menentu,
ke kanan dan ke kiri tanpa tujuan.
Sewaktu
membelok di satu selekoh tajam. Dicelah
bangunan dalam kawasan Lorong Haji Taib.
Tiba-tiba melintas dua makhluk dalam kegelapan.
Zain
menekan brek. Zahid tersentak !
Dari
suluhan lampu kereta. Kelihatan seorang
anak kecil sedang dipimpin oleh seorang wanita.
“Zahid, cuba kamu tanya wanita itu kalau mereka tahu
tempat yang kita nak pergi?” arah Zain
kepada sepupunya.
Tanpa
banyak soal. Zahid terus keluar dari
kereta danberlari anak mendapatkan wanita itu.
“Kak,
kak, maaf ya … oh kak!” Zahid terus memanggil wanita itu.
Kedua-dua
beranak itu berhenti. Tergamam. Bimbang melanda. Manalah tahu,
jika lelaki itu berniat tidak baik kepada mereka. Tetapi si ibu kuatkan semangat, kerana masih ramai orang yang berada di
sekitar kawasan itu.
Melihat
wanita itu bertudung. Zahid terus
memberikan salam sebagai tanda penghormatan.
“Assalamu’alaikum
ya kak, maaaf sangat-sangat. Saya sebenarnya nak mohon bantuan dari
akak, saya dansepupu saya sudah tersesat jalan …”
“Alaikumsalam, ya dik,
dik nak kemana?” soal
Sakinah, yang masih bimbang. Namun
dikuatkan semangat kerana anaknya masih tetap bersamanya.
Zahid
terus menunjukkan sekeping kertas yang bertulis alamat yang perlu ditujui oleh
mereka.
Sakinah
membelek kertas itu dan termenung
seketika. Melihat sekeliling, seolah-olah mencari petunjuk.
“Ha, akak tahu tempat ini, adik keluar dari sini, terus masuk ke kiri …”
“Kak,
kak, macam ni, demi Allah,
kami telah lama tersesat. Begini
kak, insyaAllah, kami hanya mohon pertolongan sedikit
sahaja. Boleh tak akak ikut kami, tunjukkan tempat dan bangunan itu. Selepas itu saya janji akan hantar akak dan
anak akak balik ke rumah akak …” Zahid
terus merayu simpati.
“Baiklah.” Sakinah bersetuju namun masih mengharapkan
perlindungan dari Allah.
Sebaik
mereka masuk ke dalam kereta. Hujan yang
tadinya hanya renyai, terus sahaja turun
selebat-lebatnya. Disertai guruh dan
kilat sabung-menyabung.
Kuala
Lumpur basah sebasah-basahnya.
Hampir
setengah jam. Tempat yang dicari telah
semakin hampir. Dan, kenderaan terus bergerak menuju parkir yang
disediakan.
Zain
dan saudaranya Zahid cuba menenangkan Sakinah dan anaknya untuk terus tinggal
didalam kereta, sementara mereka berdua
naik ke atas bangunan untuk menyelesaikan urusan mereka.
Hampir
1 jam menunggu. Dan kedua-duanya turun
dengan riang ria. “Maaf kak, sebenarnya urusan kami tak sampai setengah
jam. Tapi kami ambil masa untuk mengecas
telefon bimbit kami. Maaf ya. Ok,
sekarang, akak tunjukkan kami
arah jalan ke rumah akak.” Pinta Zain.
Hujan
masih lebat. Dan kereta mereka bergerak
agak perlahan.
Setibanya
di bangunan PPRT. Sakinah menunjukkan
tempat untuk berhenti.
Kesemua
mereka keluar dari kereta. Sewaktu
bersalaman. Zahid mengusap kepala Izman.
“Eh
kak, anak akak ni demam panas ni.”
“Ha,
ah, dari petang tadi dia demam…”
“Akak ada ubat demam ke?” soal Zain lagi.
Sakinah
hanya menggelengkan kepala.
“Tak
boleh jadi ni, Zain, jom bawa budak ni ke klinik, bahaya ni!”
Zahid tidak berpuas hati dengan tahap kepanasan badan Izman.
“Eh,
tak pelah dik …” Sakinah serba
salah. Namun tetap bimbang dengan
kesihatan anaknya.
“Dah, dah, dah,
sekarang akak bawa kami ke klinik yang akak tahu.” Zain bertegas dengan keputusan mereka.
Terus
sahaja Zahid memegang Izman dan dibawa masuk ke dalam kereta.
Sakinah
masuk semula kedalam kereta, kali ini
dia duduk dibahagian depan.
Usai
berurusan di klinik dan mendapatkan ubat serta suntikan. Mereka bergegas pulang menghantar Sakinah dan
anaknya.
Sebaik
tiba. Melihat Izman yang telah tertidur
akibat kesan suntikan. Zahid terus
mengangkat dan mendukungnya.
Sakinah
hanya mampu melihat kebaikan dua pemuda itu.
Sewaktu
masuk ke dalam bilik sewa. Kedua-dua
bersaudara itu hanya mampu menggelengkan kepala. Melihat bagaimana beberapa keluarga berkongsi
rumah.
Sebaik
meletakkan Izman diatas tilam. Zahid
meletakkan sesuatu ke dalam poket Izman.
Mereka
terus keluar. Sambil mengucapkan terima
kasih atas kesudian Sakinah membantu mereka yang dalam kesulitan.
“Maaf
ya dik, kerana tak dapat nak menjamu
…” Sakinah berbasa basi.
Namun, kedua-duanya amat faham keadaan Sakinah.
“Eh
tak pe kak, akak dah tolong kami dah
kira bagus sangat … baik kak, kami nak
kena balik Johor sekarang.”
“Baik-baik
jalan ya dik, terima kasih kerana bawa
anak akak ke klinik.” Sakinah berbasa
basi.
Setelah
kedua-duanya beredar. Sakinah masuk
semula ke dalam biliknya dan terus merebahkan dirinya disisini anak tunggalnya
itu.
Sejak
berpisah dengan suaminya. Inilah kali
pertama hamba Allah yang baik budi
membantunya.
Hampir
terlelap. Dalam kegelapan bilik, tangan Sakinah merayap kearah dahi anaknya. Tiba-tiba dia terasa sesuatu benda berada
didalam poket baju anaknya.
Terus
dikeluarkan. Terfikir apakah benda itu.
Rupanya
sampul duit raya.
Kenapa
agak tebal ?
Sakinah
bangun dan membuka suis lampu. Dibukanya
sampul duit raya itu dengan penuh debaran.
“Ya
Allah …” itu sahaja yang termampu
diucapkan oleh Sakinah.
RM2,000
berada didalam sampul itu.
Sehelai
kertas putih terselit didalamnya.
‘Kak, terimalah sedikit sumbangan dari kami. Buat kegunaan akak.’ Tulisan itu amat buruk sekali, tetapi
hati mereka amat mulia.
Bergetar
bibir Sakinah sambil melafazkan kesyukuran yang tidak terhingga atas nikmat dariNYA.
Hidayah Seorang Pelacur.
Sudah 3 hari, Nazlia tidak ada selera untuk makan. Dia hanya membeli roti sebagai mengalas perut. Entah kenapa, perutnya asyik meragam dan kembung, yang pasti, dia sudah membuat pemeriksaan dan disahkan tidak menghidap gastrik.
Sampai sahaja disebuah kedai 7-Eleven. Nazlia terus masuk dan membeli roti berkrim. Usai membayar, Nazlia hanya berdiri terpacak dihadapan kedai.
Dihadapannya, berdiri seorang remaja lelaki, berseluar pendek dan berbaju T. Datang mendekatinya dengan begitu bersopan.
"Kak, saya lapar, saya belum makan dari pagi." rintih remaja lelaki itu.
Sayu pula Nazlia mendengarnya. Terbayang adiknya yang tinggal di kampong, yang sedang bergelut dengan peperiksaan SPM.
Dari gelagat budak itu. Gerak hati Nazlia yakin yang budak itu jujur.
"Nah...." Nazlia terus menghulurkan 2 biji roti yang dibelinya sebentar tadi.
Sebaik menerima roti pemberian Nazlia. Remaja itu terus mengucapkan terima kasih dan mengangkat tangan mendoakan kemurahan rezeki buat Nazlia.
Nazlia tidak mampu berkata apa-apa. Apabila melihat remaja itu makan dengan lahapnya. Terus sahaja Nazlia masuk semula kedalam kedai dan membeli beberapa biji roti sekali lagi berserta sekotak air susu penuh krim.
Diserahkan 2 biji roti dan susu sekotak besar.
Remaja itu menerima pemberian Nazlia dengan wajah kegembiraan yang tidak terkata. "Ya Allah, akak macam malaikat..."
Terus sahaja kotak susu itu dibuka dan diminumnya dengan begitu berselera.
Nazlia terasa seperti diperli, kerana dia hanya memakai pakaian yang begitu seksi. Tetapi dia juga yakin dengan apa yang diucapkan oleh remaja itu.
Nazlia terus berlalu dari situ, menghala ke sebuah hotel mewah yang tidak jauh dari situ. Sesekali langakahnya dilajukan, kerana dari tiupan angin dan berkemungkinan hujan akan turun dengan lebatnya.
Malam itu, Nazlia telah ditempah khabarnya oleh seorang lelaki dari Hong Kong.
Sebagai pekerja seks. Nazlia telah maklum apa yang perlu dilakukannya. Sebaik memasuki bangunan hotel yang ternama di tengah kotaraya itu. Dia terus sahaja menuju lif.
Pintu diketuk. Dan muncul seorang lelaki mempersilakan dia masuk.
Terdapat 3 orang lelaki didalam bilik itu. Semuanya memandang ke arah tubuh Nazlia dengan pandangan bernafsu.
Nazlia terus menuju ke arah seorang lelaki yang bertubuh sasa, yang hanya memakai seluar panjang.
"Wow ...." Donald tersenyum.
Melalui tingkap kaca. Kelihatan jelas kilat sabung-menyabung.
Dan seketika, tingkap mula berkabus, menandakan hujan telah turun dengan lebatnya.
Entah kenapa. Malam itu, aksi Nazlia agak dingin. Apatah lagi perutnya yang meragam dan memulas-mulas. Langsung tiada nafsu untuk melayan Donald.
Nazlia umpama patung diatas ranjang. Ini membuatkan Donald naik berang.
Pelbagai kata sumpah seranah dihamburkan ke atas Nazlia. Donald meludah jijik ke muka Nazlia. Apabila diperlakukan sedemikian. Nazlia menolak Donal dan terus terduduk diatas katil.
Akibat hilang kewarasan, 'Pang ..." Donal dmenampar pipi Nazlia dengan begitu kuat. Nazlia terpelanting ke satu sudut.
Bibirnya berdarah !
Donald naik angin. Dia terus mengutip pakaian Nazlia dan membuangnya ke luar bilik.
Nazlia yang masih terasa pening akibat ditampar oleh Donald terus berlari ke luar bilik dan segera menyarung pakaiannya. Nasibnya baik, kerana tidak ada penghuni di luar. Jika tidak, dia pun tak tahu bagaimana hendak dilakukan dalam keadaan yang memalukan.
Dia menekan butang lif dengan kuat, beberapa kali. Sambil menahan pedih dan sakit dihati.
Sebaik turun. Dia terus bergegas keluar. Langsung tidak dipandang keadaan sekeliling.
Berlari anak tanpa tujuan. Dalam hujan yang turun dengan begitu lebat. Sewaktu melintas jalan. Tiba-tiba sahaja sebuah teksi melintas dihadapannya. Dan teksi itu berhenti.
Pintu hadapan dibuka. Nazlia kaget.
"Masuk!" kedengaran suara kasar pemandu teksi itu memberikannya arahan.
Nazlia masih tercegat di luar teksi. Sebuah kenderaan lain membunyikan hon.
"Jangan takut, masuk sekarang!" sekali lagi pemandu teksi itu memanggilnya masuk.
Tiada pilihan Nazlia terus masuk kedalam teksi dan pintu segera ditutup.
Dan teksi itu terus memecut dalam kegelapan malam disertai hujan dan kilat sabung-menyabung.
Kini, kedua-duanya hanya mendiamkan diri.
Hanya kedengaran suara DJ dari saluran IKIM. Seketika kemudian, berkumandang pula lagu Bila Izrail Memanggil.
Nazlia sudah tidak keruan. "Encik nak bawa saya kemana ni?" akhirnya Nazlia memecah kesunyian.
"Saya cuma nak selamatkan awak. Sekarang beritahu saya alamat rumah awak, saya hantar awak balik." jujur pemandu teksi itu menjawab kerisauan Nazlia.
Sebaik tiba dirumahnya. Nazlia terus mengeluarkan sejumlah wang, kerana dia tidak tahu berapa tambangnya, disebabkan pemandu teksi itu tidak memasang meter.
"Tak payah, awak simpan je duit tu, esok pergi klinik, muka awak bengkak."
Dalam cahaya suram didalam teksi. Nazlia cuba mengecam wajah pemandu teksi berhati mulia itu. Namun disergah oleh pemandu teksi itu. "Sudah, cepat keluar, saya ada kerja lagi nak cari pelanggan. Ingat tuhan selalu."
Sebaik masuk kedalam biliknya. Nazlia terus menangis mengenagkan nasibnya.
"Allah." terpacul kalimah suci yang telah lama tidak disebutnya.
Masuk kedalam bilik air. Sekali lagi Nazlia terasa bagaikan hendak demam. Kali ini dia sudah nekad. Dia mahu membersihkan tubuhnya untuk bersolat.
Usai mandi dengan air panas yang menyegarkan. Dia terus berwuduk.
Nazlia bingung sekali lagi. Dicarinya telekung tidak jumpa, dicarinya sejadah, langsung tidak kelihatan.
"Ya Allah, ampunkanlah aku ...."
Malam itu. Nazlia bersolat dalam serba kekurangan.
Sewaktu sujud. Dia menangis semahu-mahunnya.
Sepanjang malam. Nazlia hanya menangis penuh keinsafan. Memohon keampunan dari Tuhan Yang Maha Agung.
"Ya Allah ... aku berdosa kepada MU. Aku kotor ya Allah ...!!!" Nazlia meraung semahu-mahunya didalam bilik bersendirian.
Dalam munajat keinsafan itu. Nazlia terlelap. Dan dia terasa tubuhnya digoncang.
Sebaik matanya terbuka. Dia mendengar laungan azan Subuh yang sayup.
Dia meraba pipinya. Masih sakit.
Usai solat Subuh. Yang dirasakannya tunggang langgang. Dia terus bersiap dan hasratnya hanya satu.
Mengeluarkan semua wang yang disimpannya selama ini. Setelah urusan selesai. Dia terus bergegas ke sebuah masjid. Dan, kesemua wang itu dimasukkan kedalam tabung masjid.
"Ya Allah, berikanlah aku wang rezeki yang engkau berkati." Nadia berdoa dalam sendu.
Sewaktu melangkah kaki ke untuk pulang. Dia terpandang iklan jawatan kosong di sebuah bakeri. Tidak banyak syarat yang diminta oleh pemilik bakeri.
Dia diterima bekerja disitu. Dan sejak itulah dia belajar pelbagai perkara dari pembuatan kek dan pastri, dan akhirnya diberikan kepercayaan mengendalikan urusan pejabat dan akaun.
Setiap manusia diuji oleh tuhan mengikut kemampuan hambaNYA. Bayangkan bagaimana seorang pelacur boleh mengeluarkan wang simpanan yang berpuluh ribu untuk membersihkan diri dan hartanya dari cebisan kekotoran dunia.

Sunday, September 6, 2015
Bersih Jiwa Dompet Selamat
Apa mimpi kawan sekerjanya hari ini. Hamid diajak bersarapan pagi disebuah warung. Sungguh enak menikmati Nescafe dan roti sardin, setelah bertahun lamanya nafsunya terpaksa ditahan. Bukan kerana tidak ada wang, tetapi dia mahu berjimat sedaya mungkin.
Sejak bercerai beberapa tahun lalu. Anaknya dipelihara oleh ibunya di kampong, nun jauh di utara tanah air.
Dengan berkelulusan SRP. Apa yang boeh diharapkan sangat dengan sijil setaraf itu.
Sewaktu enak menghirup Nescafe itulah, dia ternampak seorang lelaki telah tercicir dompet.
Terus di bergegas ke arah lelaki yang telah menaiki sebuah kereta mewah. Pintu kereta ditutup rapat dan kereta terus bergerak.
Hamid tiba, namun terlewat untuk menahan kereta yang telah memecut dan hilang entah kemana.
Diambilnya dompet itu. Memang tergamam. Penuh berisi wang ringgit dan segala macam kad kredit.
Disimpannya dompet itu. Dan Hamid kembali semula ke meja untuk menyambung sarapan yang tertangguh.
"Engkau kemana tadi?" soal rakannya.
"Aku ingat kawan lama aku tadi, rupanya orang lain ..." Hamid menipu kawannya untuk menutup satu rahsia besar.
Malam itu. Hamid terbaring sambil termenung panjang. Memikirkan samada mahu memulangkan dompet itu ataupun tidak.
Hampir RM5 K didalam dompet itu.
Seketika hatinya berhasrat untuk memulangkannya. Sedetik lagi, iblis menghasutnya supaya menggunakan sahaja wang itu.
"Kamu bukan mencuri, orang itu yang cuai." bisikan halus iblis terus bermain di hatinya.
Sewaktu berkalih badan. Hamid terpandang telefon bimbitnya. Terus fikirannya teringat kepada puteri tunggalnya yang berada di kampong.
Laju sahaja jarinya menekan nombor ibunya.
"Assalamu'alaikum mak. Mak apakhabar ?"
"Alaikumsalam, kenapa suara kamu lain macam saja ? Hamid ingat pesan mak, bila kita ada masalah, buat solat Istikharah .."
Mereka berbual seketika cuma. Hamid bercakap pula dengan Najwa.
Puteri tunggalnya itu semakin bijak menjaga diri sejak mereka berpisah.
Usai bercakap. Talian ditamatkan.
Hamid terus ke bilik air dan berwuduk.
Usai solat Istikharah. Hamid terus berzikir dan berdoa memohon petunjuk dari Allah.
Tubuhnya terasa teramat letih. Sambil biji tasbih masih ditangannya. Hamid terus beristighfar dan berselang seli dengan selawat ke atas nabi Muhammad.
Dia terus terlelap.
Pagi itu. Sewaktu hendak mengambil motor di kawasan parkir. Berdiri seorang lelaki. Sungguh segak disisi motornya.
"Maaf ya tuan, saya nak ambil motor saya." Hamid mohon lelaki itu untuk mengambil motornya.
"Ini motor saudara?" soal lelaki itu lagi.
"Ya, kenapa?" Hamid kehairanan.
"Maaf ya sebenarnya sewaktu saya mengundurkan kereta saya tadi, saya telah terlanggar motor saudara, tengok, kan plat sudah patah." lelaki itu mendedahkan apa yang berlaku.
Barulah tergerak di hati Hamid untuk melihat ke belakang. Memang betul, plat motornya telah patah.
Terus sahaja lelakI itu menghulurkan wang sebanyak RM50. Tetapi ditolaknya dengan baik.
"Plat ini lebih kurang RM15 sahaja tuan." Hamid jujur menerangkan harga plat itu.
"Tidak mengapa, saya belanja saudara, saya sudah tanya orang di surau tadi, mereka yang memaklumkan saya tentang saudara, ambillah, saya sudah buat salah."
"Tuan sungguh berbudi bahasa, maaf saya tak sampai hati nak terima..."
"Ambillah, saya ikhlas, ambil ...."
Sebaik wang itu diterimanya. Lelaki itu terus beredar dari situ.
Seharian bekerja membersihkan kawasan sekitar kota raya. Hamid terfikir tentang budi bahasa lelaki itu.
'Bukan semua orang kaya sombong.' gumam Hamid sendirian.
Akhirnya, selesai sahaja tugasannya petang itu. Hamid terus memecut ke arah Damansara.
Tujuannya hanya satu. Mencari alamat tuan punya dompet itu. Dan mahu diserahkan kembali dompet itu.
Hatinya tidak akan senang selama dompet itu bersamanya. Lagipun, wang yang ada didalam dompet itu tidak halal untuk digunakannya.
Hampir sejam berpusing mencari alamat yang tertera pada Mykad. Akhirnya, Hamid sampai ke rumah itu.
Hampir 15 minit menekan loceng. Tidak ada jawapan. Hamid keletihan menunggu.
Setelah berfikir panjang dan semasak-masaknya. Akhirnya Hamid mencampakkan dompet itu ke dalam peti surat.
Dia pulang dengan rasa kelegaan yang tidak terkata.
'Tanggungjawab aku selesai!' bisik hati Hamid.
Di banglo mewah. Zulkifli yang keletihan terus terduduk di sofa mewahnya. Melepaskan lelah.
"Bang, alhamdulillah, baru sampai ? Bang, ada berita baik, bang tahu tak, ada orang dah hantar balik dompet abang yang tercicir 2 hari lepas." Husna menceritakan berita gembira itu kepada suami tersayang.
Terus sahaja Zulkifli terbangun kerana terkejut dengan khabar baik yang diterimanya.
Dia terus mengambil dompetnya yang diserahkan oleh isterinya itu.
"Ya Allah, jujur betul orang yang hantar, satu sen pun tak hilang."
"Ha, kereta abang macam mana ?" Husna bertanya lagi.
"Alhamdulillah, tak nampak sangat calarnya, kira ok lah, lagipun cuma terlanggar belakang motor orang di flat itu sahaja, cuma platnya sahaja yang patah, orang tu pun nampak jujur."
Zulkifli dan Husna saling berpandangan dan tersenyum kelegaan dengan segala yang berlaku. Dengan bersedekah RM50. Dompetnya yang berisi wang sebanyak RM5,000 dikembalikan dengan selamat oleh orang yang tidak dikenalinya.

Subscribe to:
Posts (Atom)